Showing posts with label Sendiri. Show all posts
Showing posts with label Sendiri. Show all posts

Saturday, November 2, 2013

Sehari di Pulau Ketam

*بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum
Alhamdulillah, masih bangun dalam nikmat Iman dan Islam :)
Penat tapi seronok!
Baru selesai 0.01% dari tugasan yang ada..hahah, banyak lagi sbnrny yang nak kene buat..huh!
Alkisah kenapa di Pulau Ketam.. 
AV Record Mgt, memerlukan kami utk buat dokumentari. Plan asal bermacam2, nak pegi Melaka la, Perak la.. Tapi Allah takdirkan lain dan meskipun xplan sangat tapi Allah bantu :) Terima Kasih Allah :)
Kami sepetak sebulat suara nak shoot di Bukit Malawati di Kuala Selangor. Tp bila survey, agaklah kuciwa..
Alhamdulillah, survey dulu sblm shoot.
Lepas kuciwa, tu yang terus set ke Pulau Ketam. Dengan x plan ape2, redah naik boat yang entah kemana akan bawa kami. Adventure gile!  sungguh!!
Dalam boat kami dipertemukan dengan Miss Gan Woon Chian :) Tanpa diminta, die yg menawarkan diri utk menjadi tourist guide kami.. hoorey! Padahal kitorang x kenal die, dan die ofkos la xknl kitorang..
Alhamdulillah, Allah gerakkan hati Miss Gan, kalau tak, sudah pasti pengembaraan kami bertemu kuciwa lagi.. Sebab, 1st day kami dtg sana, totally without Miss Gan, kami rasa kami sesat & xtahu ape perlu dibuat. Sebab sane rumahny rapat2 n majoriti berbangsa Cina. Setakat semalam xjumpe lagi Melayu @ Cina yang betul2 fasih berbahasa Melayu..
Tapi dengan bantuan Miss Gan, kami kenal beberapa orang dan mula merangka storyboard contengan.
Ingatkan Miss Gan sekadar menemani kami utk familiar dgn kwsn sekeliling, rupanya di hari kejadian, nak shoot, die sanggup dtg lagi sekali utk tolong kami. Alhamdulillah..
Dont judge a book by its cover!
Sape kate bangsa len xmo tolong kite ma?? Kite je yg sombong xmo tolong mereka ma..
Alhamdulillah, selesai sudah shoot.. tinggal nak edit je dan banyak lagi tugasan nak kene buat utk lengkapkan 1 assignment tu.. engat dokumentari tu main assignment die ke? hoho.. jangan tertipu dengan tajuknye DOKUMENTARI.. 
 
Jom ramai2 datang ke Pulau Ketam!!! Seronok.. Tapi make sure bawak bekalan makanan ye... hehehe :)
Menulis bukan untuk memberi TAHU tetapi ingin mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU

Thursday, October 17, 2013

Indah

*بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Indahnya berpurdah, Tetapi aku masih belum sedia

Terjaganya mereka yang memakai purdah. Setiap insan yang melewati mereka pasti akan menunduk tanda hormat. Kelihatan selamat mereka yang memakai purdah, tiada mata liar yang memandang mereka. Mereka berjalan dengan tenang. Akhlak mereka juga terjaga dek pemakaian mereka. ALLAHURABBI. 

Aku pula masih di takuk lama, takut untuk mencuba. Kerana bimbang hilangnya istiqamah sekiranya diuji ALLAH. Masih belum bersedia untuk menjaga diri sendiri. 

Aku cuma mampu berdoa, dengan harapan aku juga mampu menjadi seperti mereka.

**C&P
Menulis bukan untuk memberi TAHU tetapi ingin mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU

Wednesday, October 16, 2013

Satu Rasa

*بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum
Alhamdulillah, Alhamdulillah Alhamdulillah
Terima kasih Allah 
Ada satu RASA yang sukar untuk ditafsir
Ada satu RASA yang sukar untuk diluah
RASA yang kadangkala buatkan kita sakit
RASA yang kadangkala buatkan kita bahagia
RASA yang kadangkala buatkan kita rindu
RASA yang kadangkala buatkan kita tidak mahu pergi
Maha Suci Allah
RASA itu dalam diri kita, tapi kita sendiri sukar utk menafsir dan meluah
Betapa hebat RASA yang Allah pinjamkan itu
Moga RASA itu Allah terus pinjamkan sehingga akhir hayat 
Moga RASA itu tetap ada sehingga kita bertemu
"Cinta itu tidak pernah meminta
Tetapi memberi sepenuh rela
Rasa bahagia, biarpun sengsara 
Berkorban segala-gala"
Menulis bukan untuk memberi TAHU tetapi ingin mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU

Monday, October 14, 2013

Allah, percepatkanlah..

*بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum
Alhamdulillah masih ber Aidil Adha dalam nikmat Iman dan Islam
Allah, sungguh Kau maha mengerti meski ku tidak berbicara
Tapi mungkin ada hikmah mengapa dituliskan sedemikian
Allah, hanya yang terbaik yang kami inginkan
Meski hati menginginkan ia disegerakan
Allah, pada siapa dan apa lagi untuk kami meletakkan harapan jika bukan padaMu
Allah, kurniakan kesabaran kepada kami 
Lembutkan hati kedua ibubapa kami
Permudahkanlah ya Allah... Engkau yang memegang hati-hati mereka
Allah, sabarkan kami
Allah
Menulis bukan untuk memberi TAHU tetapi ingin mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU

Monday, September 2, 2013

Selangkah Menuju Baitul Muslim

*بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum
Alhamdulillah masih berblogging dalam nikmat Iman dan Islam

Satu langkah telah tercipta menuju ke arah Baitul Haraki
Tahniah buat anda
Ya, anda yang telah membuat langkah pertama
Perjalan yang panjang tidak akan sampai ke penghujungnya jika tidak dimulakan dengan langkah yang pertama
Disepanjang perjalanan itu, sudah pasti akan menuntut 1001 kepayahan dan pengorbanan
Tetapi usah anda risau dan bersedih kerana letakkan kepercayaanmu kepada Dia
Kerana Dia Maha Mendengar akan kerisauan dan kesedihanmu

All the best dalam perjalanan anda, semoga sampai ke destinasi yang dituju :)

p/s: Barakallah buat sahabat-sahabat yang telah mendirikan baitul muslim.. tahniah juga buat sahabat2 yang bakal mendirikan baitul muslim. Semoga redha Allah selalu bersama kalian dalam usaha memperbanyakkan umat baginda S.A.W 

Menulis bukan untuk memberi TAHU tetapi ingin mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU

Saturday, June 29, 2013

.....

*بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
 
Assalamualaikum....
 
Alhamdulillah..
Dah hampir ke penghujung sem
Sem nie?
Satu nota baru tercatat dalam helaian kamus kehidupan
Meski hati berat melepaskan pergi
Tapi moga itu terbaik yang Allah beri
Untuk mendapatkan sesuatu yang berharga,
Bukanlah mudah
Pasti ada jalan yang penuh duri dan berliku
 
 Allah permudahkanlah
Andai itu yang terbaik, percepatkanlah
:)
Salam rindu di kejauhan
 
Menulis bukan untuk memberi TAHU tetapi ingin mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU

Friday, June 28, 2013

Terima Kasih Allah :')

*بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah
Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah
Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah
Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah
Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah

Terima kasih Allah
Semoga perancangan ini, semoga pilihan ini
adalah perancangan dan pilihan yang Engkau redhai..
Amiin :)
Menulis bukan untuk memberi TAHU tetapi ingin mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU

Saturday, June 1, 2013

Keputusan yang Besar dalam Hidup

*بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum
Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah

Bila diri memikirkan keputusan yang bakal di ambil
Allah, amat berat
Bilamana keputusan itu bukan hanya melibatkan diri, tapi orang lain

Kita merasakan apa yang kita pilih itu sudah cukup baik, hebat, sempurna
Namun ada lagi perkara-perkara lain yang perlu kita ambil berat
Namun ada lagi perasaan-perasaan yang perlu kita jaga dan ambil tau

Terkadang seperti ingin melepaskan pergi
Tapi mungkinkah akan dipertemukan lagi sepertinya
Yup, Allah pasti menggantikan yang lebih baik
Cuma, hati tak sekuat itu

Diri tak mahu kehilangan apa yang diri sudah ada
Adakaha itu tanda diri tidak redha tatkala Allah menguji?
Allah persoalan semakin banyak, bukan jawapan yang ditemui

Diri perlukan keyakinan itu.
Give it to me!
Menulis bukan untuk memberi TAHU tetapi ingin mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU

Friday, May 31, 2013

Apa yang saya rasa??

*بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum..
Alhamdulillah

Baru semalam merasa dekat dengan Dia
Hari ini hati kembali terasa jauh
Allah, dosa apa yang membuatkan hati sukar utk istiqamah

Allah, aku kembali merinduiMu
Hati rasa di robek-robek
Sakit ya Allah

Allah...
Menulis bukan untuk memberi TAHU tetapi ingin mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU

Thursday, April 25, 2013

Saya Suka!!

*بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Comel kan??
Terima kasih awak :)
Menulis bukan untuk memberi TAHU tetapi ingin mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU

Friday, April 19, 2013

Terima Kasih

*بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum
Alhamdulillah masih merasa nikmat kasih dan sayang dalam nikmat Iman dan Islam :)
Terima kasih ya Allah
Terima Kasih
Segala puji bagi Allah
Diri merasa bahagia
Meski diri belum tau takdirNya
Tapi diri bahagia dengan pilihan diri
Diri yakin dengan pilihan diri
Diri x pernah merasa seyakin dan sebahagia ini
Meski diri tau, dan sering beringat jangan sampai jatuh buat kali ketiga
Allah bantulah diri :)
Allah moga ini adalah pilihan yang Engkau redha dan ini pilihan yang Engkau tetapkan untuk diri
Terima kasih kerana selalu ada :)
Menulis bukan untuk memberi TAHU tetapi ingin mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU

Sunday, February 3, 2013

Tolong Aku

*بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum wbt
alhamdulillah masih Allah uji. Uji buat kali keduanya
Allah, bantulah aku memahami tadirMu, 
Allah bantulah aku menerima ketentuanMu,
Allah, bantulah aku menghadapi ujianMu,
Allah, bantulah aku sabar dengan dugaanMu,
Allah, bantulah aku untuk yakin dengan janjiMu
Allah 
Sungguh hati ini terasa dijentik
Akan keihklasan
Allah, rasa x kuat untuk segalanya
Kuatkanlah aku
Aku sekali lagi jatuh dalam harapan yang menggunung
Allah bantulah aku untuk bangun kali ini
Menulis bukan untuk memberi TAHU tetapi ingin mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU

Wednesday, January 23, 2013

Bila Hati Berbicara

*بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah masih bercuti dalam nikmat Islam dan Iman

Banyakny cerita yg nak di kongsi. Tapi xtau nak mula dari mana. Tak pe, mula dengan Bismillahirrahmanirrahim :)

Sekarang tengah cuti.. Cuti brp lama? -+x/ ada la dlm 6 minggu gitu. Sungguh! Cuti memang menguji istiqamah dan tarbiyah. Lau di kolej, alhamdulillah ringan lagi nak istiqamah amalan2 sunat. Kat umah? sunat rawatib pun badan rasa berat. Allah! Sungguh menguji diri. Usrah? Majlis ilmu? Memang tak lah alamatny dalam cuti. Baru bergelar pelajar. Cuti, confirm2 xde assignment, xde kuliah. Pun xmampu nak istiqamah amalan sunat + majlis ilmu + usrah. Apatah lagi nanti bila dah kerja.. Camne tu?

Sepanjang sem 4. Di awal terasa lagi kehangatan semangat kuliah + belajar. Di awal minggu mendapat perkhabaran perlu menghadiri test tawaran dari SPA. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat. dalam hati Allah, alhamdulillah.. permudahkanlah. Walau terasa berbelah bahagi.. Dibibir berkata, Allah, kurniakan yang terbaik. X kisahlah, dapat @ x. yg penting terbaik. Tapi hati x sepenuhnya ikhlas. Hati meletakkan harapan yg tinggi utk dapat tawaran tersebut. Akibatnya, sepanjang sem 4 dirasakan kosong. Usaha 50.50.. Bila diketahui keputusan test gagal. Allah! Itu yang terbaik, bibir berkata. Tapi hati  x seikhlasny menerima. Rasa jatuh dari tangga. Menyesal menggunung tinggi. Terimbau balik keputusan utk sambung belajar. Hati berkata, kenapa dulu sambung study? x tunggu dulu keputusan interview guru KAFA. InsyAllah bole dapat. TApi kenapa terburu2. Dush!!!! Sungguh hati x redha. Apa bole buat.. Dipenghujung semester, Allah khabarkan berita x disangka2. JPA mengetuk pintu email. Alhamdulillah, terima kasih Allah.. Memang itu yg mustRZ harapkan. Tapi, hati merasa sebak. Sem nie mustRZ main2, usaha x sepertinya, kecewa kerana gagal SPA.. Risau akan result nanti. LAyakkah lagi utk JPA. Bibir mula berbicara, kenapa JPA dtg tatkala diri rasa x bersedia? HAti pula? Entah.. senyap seribu bahasa... Selesai exam. Allah! berat dugaan kali nie. walau hanya ada 3 paper final, tp x seperti biasa. Berat! Sungguh! 

Sepanjang bercuti, terdengar bapak berbicara dengan rakan-rakanya. Menyatakan hasratnya yg menginginkan anak bongsunya bekerja dari belajar. BElanja besar katanya. Sungguh!! Perit rasa hati. Bukan x setuju dengan statement bapak, tapi perit kerana terasa tersalah membuat perhitungan. Kenapa dulu mustRZ x berfikir semasaknya dan x berbicara sejujurnya dengan mak & bapak. 

Sekarang?.......................entah..........................................

Bila disemak satu persatu, diselak helaian demi helaian apa yg berlaku. Now come to conclusion. mustRZ x boleh merasa kesal apatah lagi berkata..kalau begini pasti begitu.. kenapa ini kenapa itu. Allah x suka! tandanya mustRZ xredha dengan takdirnya!! Jadi apa yg harus dibuat? 

Kenapa memandang lohong hitam, sedangkan jalan terang luas terbentang. Kenapa menangisi dan menyesali kesilapan dan masalah sedangkan jalan penyelesaian itu ada. Yup, masa itu mustahil bole berputar semula utk perbetulkan apa yang salah. Walau kita menangis, meratap, menoleh kebelakang, ia tetap begitu. Jam terus berputar, tarikh tetap berganti hari demi hari. Jadi utk apa menangisi dan menyesalinya? Masih ada baki setahun setengah meneruskan misi degree. Masih ada baki setahun utk duduk kuliah. Kenapa tidak menggunakan tempoh setahun itu semaximum mungkin. Raih sebanyak-banyak ilmu, pengalaman, tarbiyah dan kenangan(mungkin). Kerana mustRZ hanya ada tempoh setahun itu utk menebus kembali kesilapan lepas. X kan nak pisang berbuah dua kali. Kalau sem 4 merasa terumbang ambing, jangan lagi terumbang ambing di sem 5 dan 6. Itu lah hikmah kenapa Allah memberi khabar gembira di penghujung sem. Agar kembali kuat utk sem seterusnya. Moga rezki Allah itu menjadi motivasi+mendekatkn diri padaNya. mustRZ nak kembali pada masa ke masa lalu mmg dh x bole. apa yang bole ialah face the future. Pandanglah positive padanya, pandanglah dengan pandangan semangat dan penuh iltizam. moga tempoh setahun itu x sia2. Moga x lagi melakukan kesilapan yang sama bilamana selesai nanti. 

FOKUS..FOKUS..FOKUS.. KEEP THE POSITIVE MOMENTUM.. 

Allah, berilah aku kekuatan!! Kuat utk diriku, kuat utk ibubapaku, kuat utk Islam, kuat utk perjuanganku
amiin 



Menulis bukan untuk memberi TAHU tetapi ingin mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU

Tuesday, December 4, 2012

Tidak ada rasa

*بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
 
 
assalamualaikum..
tengah serabut..byk benda yang pending xstle2..
dr urusan assignment, hinggalah pogem2 persatuan..
risau...
risau bila amanah tue mustRZ x bole wat
down je rase
nak balik sarawak sekarang
pernah terlintas di hati, nak quit je
tapi bukankah itu lari dr masalah
dan siapakah yang dapat menjanjikan bila quit, dh xda masalah mcm nie?
ntah2 lebih teruk..adoyy
pernah juga terlintas di hati, 
menyesal dengan keputusan yg diambil..
menyesal sbb smbg study
tapi bukankah Allah kata jgn mengeluh, & sesungguhny ada hikmah yg berlaku
terkadang hati rasa letih
letih utk memujuk diri sendiri
 lau cuti sem?
sudah terlewat. tggl bp minggu je lagi nak final.. 
adoy.. nak lepaskan semua nie pergi.......

Menulis bukan untuk memberi TAHU tetapi ingin mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU

Wednesday, November 14, 2012

What Happen Around Me??

*بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum..
Salam Maal Hijrah :)
Alhamdulillah masih bernafas dalam Iman dan Islam
Sudah hampir menjelang tahun baru Islam
Semoga buku amalan kita tahun lepas, Allah terima dan ada ganjaran di sisiNya,
dan semoga buku baru tahun ini kita isi dengan sesuatu yang lebih bermakna dan lebih baik :) amiin

Go Green Opening Ceremony_7 November 2012
Post Mortem Go Green Opening Ceremony_7 November 2012
Forum Gazebo_10 November 2012
Forum Gazebo_7 November 2012


Ber Bulatan Gembira di Tasik_ 11 November 2012


Ber Bulatan Gembira di tasik_11 November 2012


The Biggest Bulatan Gembira_11 November 2012

-END-
:)



Menulis bukan untuk memberi TAHU tetapi ingin mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU

 
Copyright (c) 2010 Keep The Positive Momentum. Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.