Showing posts with label Sahabat. Show all posts
Showing posts with label Sahabat. Show all posts

Saturday, November 2, 2013

Sehari di Pulau Ketam

*بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum
Alhamdulillah, masih bangun dalam nikmat Iman dan Islam :)
Penat tapi seronok!
Baru selesai 0.01% dari tugasan yang ada..hahah, banyak lagi sbnrny yang nak kene buat..huh!
Alkisah kenapa di Pulau Ketam.. 
AV Record Mgt, memerlukan kami utk buat dokumentari. Plan asal bermacam2, nak pegi Melaka la, Perak la.. Tapi Allah takdirkan lain dan meskipun xplan sangat tapi Allah bantu :) Terima Kasih Allah :)
Kami sepetak sebulat suara nak shoot di Bukit Malawati di Kuala Selangor. Tp bila survey, agaklah kuciwa..
Alhamdulillah, survey dulu sblm shoot.
Lepas kuciwa, tu yang terus set ke Pulau Ketam. Dengan x plan ape2, redah naik boat yang entah kemana akan bawa kami. Adventure gile!  sungguh!!
Dalam boat kami dipertemukan dengan Miss Gan Woon Chian :) Tanpa diminta, die yg menawarkan diri utk menjadi tourist guide kami.. hoorey! Padahal kitorang x kenal die, dan die ofkos la xknl kitorang..
Alhamdulillah, Allah gerakkan hati Miss Gan, kalau tak, sudah pasti pengembaraan kami bertemu kuciwa lagi.. Sebab, 1st day kami dtg sana, totally without Miss Gan, kami rasa kami sesat & xtahu ape perlu dibuat. Sebab sane rumahny rapat2 n majoriti berbangsa Cina. Setakat semalam xjumpe lagi Melayu @ Cina yang betul2 fasih berbahasa Melayu..
Tapi dengan bantuan Miss Gan, kami kenal beberapa orang dan mula merangka storyboard contengan.
Ingatkan Miss Gan sekadar menemani kami utk familiar dgn kwsn sekeliling, rupanya di hari kejadian, nak shoot, die sanggup dtg lagi sekali utk tolong kami. Alhamdulillah..
Dont judge a book by its cover!
Sape kate bangsa len xmo tolong kite ma?? Kite je yg sombong xmo tolong mereka ma..
Alhamdulillah, selesai sudah shoot.. tinggal nak edit je dan banyak lagi tugasan nak kene buat utk lengkapkan 1 assignment tu.. engat dokumentari tu main assignment die ke? hoho.. jangan tertipu dengan tajuknye DOKUMENTARI.. 
 
Jom ramai2 datang ke Pulau Ketam!!! Seronok.. Tapi make sure bawak bekalan makanan ye... hehehe :)
Menulis bukan untuk memberi TAHU tetapi ingin mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU

Monday, September 2, 2013

Selangkah Menuju Baitul Muslim

*بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum
Alhamdulillah masih berblogging dalam nikmat Iman dan Islam

Satu langkah telah tercipta menuju ke arah Baitul Haraki
Tahniah buat anda
Ya, anda yang telah membuat langkah pertama
Perjalan yang panjang tidak akan sampai ke penghujungnya jika tidak dimulakan dengan langkah yang pertama
Disepanjang perjalanan itu, sudah pasti akan menuntut 1001 kepayahan dan pengorbanan
Tetapi usah anda risau dan bersedih kerana letakkan kepercayaanmu kepada Dia
Kerana Dia Maha Mendengar akan kerisauan dan kesedihanmu

All the best dalam perjalanan anda, semoga sampai ke destinasi yang dituju :)

p/s: Barakallah buat sahabat-sahabat yang telah mendirikan baitul muslim.. tahniah juga buat sahabat2 yang bakal mendirikan baitul muslim. Semoga redha Allah selalu bersama kalian dalam usaha memperbanyakkan umat baginda S.A.W 

Menulis bukan untuk memberi TAHU tetapi ingin mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU

Thursday, April 25, 2013

Saya Suka!!

*بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Comel kan??
Terima kasih awak :)
Menulis bukan untuk memberi TAHU tetapi ingin mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU

Wednesday, February 6, 2013

Biarkan aku

*بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum
Alhamdulillah


Meski tau sudah..
Tapi hati seolah berkata "masih ada harapan"
Biarlah.. Biar aku terus berdoa
Sebab tiada yang mustahil disisi DIA
Kalau pun bukan di dunia
Tetap berharap memiliknya di akhirat
Amiin..

Allah, jaga dia utkku
Allah, jaga aku utk terus bersabar + kuat + redha

:'(
Menulis bukan untuk memberi TAHU tetapi ingin mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU

Wednesday, November 14, 2012

What Happen Around Me??

*بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum..
Salam Maal Hijrah :)
Alhamdulillah masih bernafas dalam Iman dan Islam
Sudah hampir menjelang tahun baru Islam
Semoga buku amalan kita tahun lepas, Allah terima dan ada ganjaran di sisiNya,
dan semoga buku baru tahun ini kita isi dengan sesuatu yang lebih bermakna dan lebih baik :) amiin

Go Green Opening Ceremony_7 November 2012
Post Mortem Go Green Opening Ceremony_7 November 2012
Forum Gazebo_10 November 2012
Forum Gazebo_7 November 2012


Ber Bulatan Gembira di Tasik_ 11 November 2012


Ber Bulatan Gembira di tasik_11 November 2012


The Biggest Bulatan Gembira_11 November 2012

-END-
:)



Menulis bukan untuk memberi TAHU tetapi ingin mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU

Tuesday, October 23, 2012

Behind The Scene!

*بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
 
Assalamualaikum..
Alhamdulillah masih dalam nikmat Islam & Iman
Behind The Scene?
Dah mcm preview wat filem plak..
Neway, nie preview khas, mustRZ import dari FB Teman :)
 
tiba2 teringat, how desperate kita mok dapatkan penceramah utk Pembangunan Mahasiswa & Pergerakan Mahasiswa. Kita hantar surat jemputan 5 MINIT SEBELUM PUKUL 5 HARI JUMAAT,14 Okt 2011 (xpernah2 dipolah orang, biasanya orang jemput 2 or 3 bulan before) at the end still we got both penceramah. 1st penceramah reply on that nite, the other penceramah reply on Monday night. Then, on Tuesday, belum beli cenderahati untuk penceramah ke-2, ada orang drift kereta pergi Kuching, hadiah sampai cun2 YB habis berucap but at least masih ada sesi soal jawab untuk pendengar, kita masih sempat lekat reben, pasnya bagi hadiah kat YB dgn konfiden. T-shirt pun last minute but still we made it. Everything seems perfect tp hanya orang yang terlibat di sebalik tabir tahu mcm ne perasaan buat kerja last minutes..Miracles, semua on the RIGHT TIME , xda yg cacat. Benar padah orang, NEVER GIVE UP BEFORE ITS TIME. Miracles can happen.

~just want you to know tat i appreciate each one of you. Masih ingat gik, 1st time diberitahu pasal kvnsyen somewhere on April n dilantik jadi ketua projek, You are Reasons for My Smile <(") Thank you to all leaders!!!!!! lebiu.

*It was the beginning leaders!!!

p/s :
Thanks a lot guys! You all made me as one of the beginning leaders <3>


Menulis bukan untuk memberi TAHU tetapi ingin mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU

Tuesday, October 9, 2012

Mereka Hebat!


*بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
 
Assalamualaikum.. alhamdulillah, masih diebri kesempatan untuk mencoretkan sesuatu di sini, setelah sekian lama ditinggalkan sepi seolah tiada penghuni.. Mungkin ada yang mula bosan dan x peduli. Tak apa, biar tiada yang membaca, asalkan niat dan azam itu masih ada, Apa yang kita risau, adalah niat dan azam untuk berjuang itu turut sepi seperti blog.. :) (ape2 jelah)

Yup.. MEREKA sangat hebat.. Thumbs up!!! Mata hati dan mata minda baru celik, seusai program. MEREKA bukan pelajar biasa. Yang hanya tau 3K : Kolej, Kuliah, Kafe. Tapi MEREKA  adalah rantaian pejuang Rasulullah, yang berjuang tanpa berkira masa, tenaga dan wang. MEREKA  yang ada hubungan akrab dengan Allah dan sahabat. Subhanallah, hebatnya MEREKA.  Trdorong untuk menjadi seperti MEREKA

MEREKA dari luaran adalah pelajar yang sama seperti kita. Pergi kelas, buat assignment, makan, tidur, outing dengan kawan-kawan. Tapi dari dalaman, apa yang kita x nampak dari zahir, MEREKA adalah orang hebat, HEbat Tarbiyahnya, HEbat ilmunya, dan InsyAllah, HEbat di mata Allah.

MEREKA mampu buat KERJA yang mungkin pelajar lain @ biasa x boleh buat. Di samping tugasan kuliah yang sudah cukup banyak untuk dibebani, MEREKA tetap gagah memikul amanah dari Allah untuk mendidik umat. Tatkala terkenangkan MEREKA, hati mustRZ jadi sayu bercampur bangga dan bertuah. Kerana mengenali MEREKA dalam perjalanan ini. MEREKA menjadi motivasi buat diri agar lebih tabah dalam perjuangan ini,.

Bila dibandingkan diiri dengan MEREKA, jauh sekali.. umpama langit dengan bumi. Diri x sehebat MEREKA. Ingin jadi seperti MEREKA. Tahniah untuk MEREKA!!. Semoga kejayaan dunia dan akhirat milik kita bersama.. Amiin.. :)

BANGKITLAH MUJAHID BANGKITLAH!! 

Salam Perjuangan :)
Menulis bukan untuk memberi TAHU tetapi ingin mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU

Saturday, July 14, 2012

Banyaknya cerita



*بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, dah selesai paper exam dalam nikmat Islam dan Iman. Terima kasih Allah :) Sangat lama x online n ofcoz sgt lama x buka blog.. Banyak cerita dari sahabat2 teman2 tp, xlarat nak baca dalam 1 masa. mustRZ sendiri pun, banyak cerita nak kongsi, tp tak tau nak mula yang mana 1

Esok nak fly to sarawak! x sabar.. Allah permudahkanlah.. Plan cuti? ntah, tetiba sem nie rasa bersemangat nak cari kerja. Siap beli tudung utk persiapan nak g kerja. kerja apa? xtau lagi.. tp b4 nie pnh aim 1 kedai 2.. kerja kedai? okey, itu je yg termampu pekan Saratok tue, sediakan utk mustRZ. Alhamdulillah, perlulah bersyukur, sekurang-kurangny ada tpt utk mencari rezki.. cewahh gitu ye..

Dan, sangat tidak sabar, tahun ini insyAllah puasa penuh dirumah. setelah sekian lama, puasa di rantau orang.. haha Allah permudahkanlah puasa dan ibadah tahun ini.. :) 

Ada offer untk PMDS september nie. Tapi agak keberatan, sbb balik 2 early.. on 26 ogos kot.. raya seminggu je.. bukan nak pkey raya sangat, tp xpuas cuti..hua3... Serius! mustRZ rindu nak ber MDS.. kali nie, MDS ny jauh, so agak berat kaki nie nak melangkah awal dari rumah..hohoho

exam? 2 paper last nie, mcm x perform sangat. dua2 jwb ala kadar je.. Allah, kurniakan mustRZ hati yang redha dengan apa jua kptsnnya. Dua2 paper minor.. macam mana tue?

sahabat baru? yup, Allah, terima kasih kurniakan dia untuk mustRZ.. siapa? seganla.. x bersedia lagi nak kenalkan dia kat cni.. then nak tau? she is the second person that call me budak kecik!.. seronok! tetba keluar gelaran tue dr mulut dia.. comel.. teringat kamu..huhuh

tarbiyah? rasa diri jauh... jauh dari Nya.. 

dakwah? xda istilah cuti kan? byk perancangan nex sem nak kene wat cuti nie.. 

nak kene banyak baca buku.. tp xtau nak start mana 1.. rase sume benda nak ambik tau.. Allah permudahkanlah semua urusan. tetapkanlah diri istiqamah. amiin

Sampai sini dulu kot, t sambg lg, insyAllah.. jaga diri bebaik.. :) rindu dia...

Menulis bukan untuk memberi TAHU tetapi ingin mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU


Sunday, June 10, 2012

Awak tahu tak???



*بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Awak tahu tak saya sedih
Awak tahu tak saya marah
Awak tahu tak saya kecewa
Awak tak tahu, sbb saya tak bagitau awak pun! 

Menulis bukan untuk memberi TAHU tetapi ingin mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU

Monday, May 28, 2012

Bagaimana???



*بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum.. Alhamdulillah masih berfikir dalam nikmat Islam dan Iman

Bagaimana selama nie, diri mengharungi hampir satu tahun tanpa dia. Sedangkan orang lain suma ada dia. Ada dia untuk bercerita, berkongsi, bergelak tawa, memujuk, memberi kekuatan. Tapi diri sudah lama kehilangan dia. Dia menjauh dan menghilang tak kunjung tiba. Bukan diri tak mencari, sudah dicuba beberapa usaha untuk menjejaki, namun belum bertemu hasilnya. Mungkin usaha belum mencapai tahap maksima yang menyebabkan Allah mengizinkan diri untuk bertemu dia semula.

Tanpa diri sedari, diri mengharungi hidup tanpa dia. Semua perkara, sakit, perih, sedih, gembira hanya diri yang rasa, tanpa diri berpeluang meluah, bercerita dan berkongsi pada dia.

Kalau dulu, dia ada untuk mendengar, memujuk, menggembirakan, menenangkan. Tapi kini dia tiada. Ya, sekarang diri akur, diri x mampu berdiri tanpa dia. Diri x mampu berjalan tanpa dia. Mungkin ada masa diri mampu berdiri dan berjalan, namun di penghujungnya diri menemui kekosongan sepanjang perjalanan diri.

Allah, bukakan hati dia untuk kembali. Lembutkan hati dia untuk mengingati diri. Allah, sungguh diri rindu pada dia. Adakah ini cara dia untuk menghukum diri? Sampai hatikah dia melihat diri sendiri?

Untuk dia, diri sangat merindui kamu. Tolonglah kembali, meskipun hanya seketika ...



Menulis bukan untuk memberi TAHU tetapi ingin mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU

Tuesday, May 8, 2012

JANGAN BIAR IA BERNANAH


*بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah, celik+bernafas+mendengar+berjalan+segalanya dalam Iman + Islam

"Katakanlah walaupun pahit" (Peribahasa Arab)

Biar sakit sekarang, kerna insyAllah ia akan sembuh sebentar lagi
Daripada terus dibiarkan, nanti akan menjadi nanah dalam hati

Biar menangis sekarang, kerna insyAllah, akan reda sebentar lagi
Daripada terus membajiri sehingga sendiri kelemasan

Hanya itu caranya.
Mungkin dia tidak memahami
Lantas harus ada yang meneguri
Bukan semua mengerti
Makna tersirat di sebalik hati 

Hanya itu caranya
Duduklah, renunglah, berbicaralah, 
Agar rasa yang jauh itu menjadi dekat
Agar rasa yang sakit itu menjadi sembuh

Usah biar ketakutan itu menjerat hati
Usah biar ego membenteng diri


Luahkanlah...Luahkanlah...Luahkanlah
Semoga Allah mempermudahkan :)
Aminnn 




Menulis bukan untuk memberi TAHU tetapi ingin mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU 


Wednesday, May 2, 2012

Masak-Masak!!


*بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, masih update blog dalam iman + Islam
Masak2??
Yup!
Hari nie, g masak2 gn ajk PMH
afiqah, syafiqa, nurul, soleha& kak ana
malam nie td ada JAmuan cket utk ajik2 PMH
mula2 plannya nak beli yg dah siap je
Tapi, memandangkan hari nie td cuti 
so, masing2 nak tunjuk kehebatan masak. ohoh
xde lah, tp mmg betol, diorg sgt hebat! thumbs up korg
td petang tolong ptg2 bawang, ptg2 sayur, merasa masakan..aha
malamny
Alhamdulillah, suma berpuas hati
terima kasih wat suma yg terlibat :)
insyAllah len kali kita wat lagi deh!
hehhe
ok, enough 4 tonight,,, sok ade full klas..
jaga diri+iman <3 big hug & kiss... muah3 :)

Menulis bukan untuk memberi TAHU tetapi ingin mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU

Tuesday, April 17, 2012

TAHNIAH SAHABAT2!!

*بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah, terima kasih Allah atas semuanya

Tahniah wat suma Sahabat2 yang bakal BERGRADUASI
nak minta maaf gn sahabat2 T_T
kita mungkin x berpeluang bergraduasi bersama
InsyaAllah, mungkin bukan kali nie,
mungkin graduasi yang kedua :)


Menulis bukan untuk memberi TAHU tetapi ingin mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU

Monday, April 16, 2012

ORANG LAIN

*بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Assalamualaikum
Alhamdulillah masih menghirup udara dalam nikmat Islam dan iman
Terima kasih Allah

Kadangkala kita pelik, kenapa ada orang yang hari-harinya umpama tiada masalah. Hari-harinya ceria dengan tawa dan senyum. Berbeza dengan diri kita, yang terkadang terlebih emosional. Di jentik sedikit sudah meradang, mungkin juga menangis. Agaknya apa bezanya? Sedangkan Allah swt menciptakan manusia itu sama.


Kadangkala juga kita pelik, orang sekeliling lebih cenderung mendekatkan diri dengan orang lain berbanding kita. Walau kita cuba sedaya upama memahami, mendekati, tapi situasi masih berpihak pada orang lain?
Cuba recheck balik cara kita berdepan dengan sesuatu. Kita mudah emosional, lebih mudah meluah dalam bentuk keluhan dan pengaduan sehingga menutup ruang orang lain utk meluah, bertindak atas dasar emosi bukan rasional, menyampaikan sekadar dibibir bukan dari hati. Itulah punca kenapa orang sekeliling kita lebih cenderung mendekati orang lain, berbanding diri kita. Sebab itulah orang lain kelihatan cuba menjauh dari kita.




"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik..."
(An-Nahl:125)



Belajarlah dari orang lain. Bagaimana dia menguruskan emosinya, bagaimana dia berdepan dengan orang sekeliling, bagaimana dia menyampaikan dengan hati. Cubalah membentuk diri kita agar mampu menjadi insan yang kehadirannya membawa erti, pemergiannya dirasai. Muhasabah buat diri :)










Menulis bukan untuk memberi TAHU tetapi ingin mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU








 
Copyright (c) 2010 Keep The Positive Momentum. Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.