Monday, September 2, 2013
Kita Risau
Monday, July 1, 2013
Cinta Itu Amanah Allah
Friday, May 31, 2013
Hidayah dari Allah!!
Wednesday, December 26, 2012
Telusuri Fiqh Waqi'
Tuesday, October 9, 2012
Mereka Hebat!
Friday, June 1, 2012
Mereka? Bagaimana tue?
"Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.
beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.
Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.
"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”
Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas.. ."
dapat x mesejny? kata sahabat " jika kita sampaikan dengan hati, insyAllah yang menerima pun dengan hati.."
Sunday, May 6, 2012
INSPIRASI BUAT ANDA DAN SAYA!
Thursday, May 3, 2012
Niat
Thursday, April 19, 2012
JOM MAIN!

✿~ Permainan dimulai. 5 pasang jari tetapi hanya sepasang yang tidak boleh dipisahkan....
1. Cuba buka ibu jari anda, ibu jari boleh di buka kerana ibu jari mewakili orang tua. manusia mengalami sakit dan kematian, oleh kerana demikian orang tua kita juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.
2. Tutup kembali ibu jari anda dan buka jari telunjuk anda, jari telunjuk mewakili saudara kita (abang, kakak, adik). mereka memiliki keluarga sendiri, dan mereka juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.
3. Sekarang tutup jari telunjuk anda dan buka jari kelingking anda, jari kelingking mewakili anak-anak. cepat atau lambat anak-anak juga akan meninggalkan kita kerana mereka harus berkeluarga sendiri.
4. Selanjutnya, tutup jari kelingking anda, bukalah jari manis dimana anda menyarungkan cincin perkahwinan. anda akan heran kerana jari manis tersebut tidak boleh dibuka.kerana jari manis mewakili suami isteri, selama hidup anda dan pasangan anda akan terus melekat satu sama lain, sehidup semati. (^_^)
*kalau masih belum paham, cuba baca ayat diatas sekali lagi :))
GHURABA
غرباء غرباء غرباء غرباء
غرباء غرباء غرباء غرباء
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
غرباء ولغير الله لا نحنى الجباة
Ghurabaa` do not bow the foreheads to anyone besides Allah
غرباء وارتضيناها شعارا للحياة
Ghurabaa` have chosen this to be the motto of life
غرباء ولغير الله لا نحنى الجباة
Ghurabaa` do not bow the foreheads to anyone besides Allah
غرباء وارتضيناها شعارا للحياة
Ghurabaa` have chosen this to be the motto of life
-------------------------------------------------
إن تسأل عنّا فإنّا لا نبال بالطغاة
If you ask about us, then we do not care about the tyrants
نحن جند الله دوما دربنا درب الأباة
We are the regular soldiers of Allah, our path is a reserved path
إن تسأل عنّا فإنّا لا نبال بالطغاة
If you ask about us, then we do not care about the tyrants
نحن جند الله دوما دربنا درب الأباة
We are the regular soldiers of Allah, our path is a reserved path
-------------------------------------------------
غرباء غرباء غرباء غرباء
غرباء غرباء غرباء غرباء
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
لن نبال للقيود بل سنمضى للخلود
We never care about the chains, rather we'll continue forever
لن نبال للقيود بل سنمضى للخلود
We never care about the chains, rather we'll continue forever
فلنجاهد ونناضل ونقاتل من جديد
So let us make jihad, and battle, and fight from the start
غرباء ... هكذا الأحرار في دنيا العبيد
Ghurabaa`, this is how they are free in the enslaved world
فلنجاهد ونناضل ونقاتل من جديد
So let us make jihad, and battle, and fight from the start
غرباء ... هكذا الأحرار في دنيا العبيد
Ghurabaa`, this is how they are free in the enslaved world
-------------------------------------------------
غرباء غرباء غرباء غرباء
غرباء غرباء غرباء غرباء
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
كم تذاكرنا زمانا نحن يوم كنّا سعداء
How many times we remembered a time when we were happy
بكتاب الله نتلوه صباحا و مساءا
In the book of Allah, we recite in the morning and the evening
كم تذاكرنا زمانا نحن يوم كنّا سعداء
How many times we remembered a time when we were happy
بكتاب الله نتلوه صباحا و مساءا
In the book of Allah, we recite in the morning and the evening
-------------------------------------------------
غرباء غرباء غرباء غرباء
غرباء غرباء غرباء غرباء
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
غرباء ولغير الله لا نحنى الجباة
Ghurabaa` do not bow the foreheads to anyone besides Allah
غرباء وارتضيناها شعارا للحياة
Ghurabaa` have chosen this to be the motto of life
غرباء ولغير الله لا نحنى الجباة
Ghurabaa` do not bow the foreheads to anyone besides Allah
غرباء وارتضيناها شعارا للحياة
Ghurabaa` have chosen this to be the motto of life
إن تسأل عنّا فإنّا لا نبال بالطغاة
If you ask about us, then we do not care about the tyrants
نحن جند الله دوما دربنا درب الأباة
We are the regular soldiers of Allah, our path is a reserved path
إن تسأل عنّا فإنّا لا نبال بالطغاة
If you ask about us, then we do not care about the tyrants
نحن جند الله دوما دربنا درب الأباة
We are the regular soldiers of Allah, our path is a reserved path
-------------------------------------------------
غرباء غرباء غرباء غرباء
غرباء غرباء غرباء غرباء
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
بدأ الاسلام غريبا وسيعود غريبا كما بدأ فطوبى للغرباء
The Prophet SAW said:
"Islam began as something strange, and it will return as something strange the way it began. So Tooba for the Strangers"
Monday, April 16, 2012
ORANG LAIN
Alhamdulillah masih menghirup udara dalam nikmat Islam dan iman
Terima kasih Allah
Kadangkala kita pelik, kenapa ada orang yang hari-harinya umpama tiada masalah. Hari-harinya ceria dengan tawa dan senyum. Berbeza dengan diri kita, yang terkadang terlebih emosional. Di jentik sedikit sudah meradang, mungkin juga menangis. Agaknya apa bezanya? Sedangkan Allah swt menciptakan manusia itu sama.
Cuba recheck balik cara kita berdepan dengan sesuatu. Kita mudah emosional, lebih mudah meluah dalam bentuk keluhan dan pengaduan sehingga menutup ruang orang lain utk meluah, bertindak atas dasar emosi bukan rasional, menyampaikan sekadar dibibir bukan dari hati. Itulah punca kenapa orang sekeliling kita lebih cenderung mendekati orang lain, berbanding diri kita. Sebab itulah orang lain kelihatan cuba menjauh dari kita.
(An-Nahl:125)
Belajarlah dari orang lain. Bagaimana dia menguruskan emosinya, bagaimana dia berdepan dengan orang sekeliling, bagaimana dia menyampaikan dengan hati. Cubalah membentuk diri kita agar mampu menjadi insan yang kehadirannya membawa erti, pemergiannya dirasai. Muhasabah buat diri :)
Tuesday, April 10, 2012
PERANCANGAN ALLAH IS THE BEST!
“....ttp bole jd kamu x menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu,
& boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu x baik bagimu. Allah mengetahui,
sedang kamu x mengetahui” (al-baqarah:216)
Sesungguhnya selaku insan yang kerdil lagi hina. Kita hanya selayaknya merancang, segala ketentuan Allah jua yang menetukannya. Walau kita berusaha sekuat manapun, sekiranya Allah menuliskan di luh mahfuz, ianya x berlaku, ia tetap x akan berlaku. Dan peranan kita ialah redha dan berlapang dada dengan ketentuanNya. Jangan sesekali mengeluh atau berputus asa serta janganlah menyalahkan takdir. Kerana lagi sekali Allah mengetahui, sedang kamu x mengetahui.
Siapa kita untuk menyalahkan Dia. Sedangkan, perkataan kita, perbuatan kita, hatta hendak makan pun semua dengan qudrat Allah. Semua yang kita ada adalah kepunyaan Allah. Tidak malukah kita untuk menyalahkan Dia, sekiranya takdir yang berlaku bukan seperti yang kita harapkan?
Pujuklah hati kita dengan melihat semua nikmat yang Allah telah kurniakan pada kita. Ya, mungkin kali ini hati kita disakiti kerana kehendak kita x dituruti, takdir tidak menyebelahi kita. Tapi cuba luaskan penglihatan kita, apa lagi yang Dia x berikan pada kita? Itu baru sedikit di uji, kita sudah berkeluh kesah. Bagaimana pula dengan mereka yang jauh lebih x bernasib baik dari kita?
Semuanya Allah dah aturkan mengikut kesesuaian kita. Cuma kta sebagai hambaNya yang lemah, lambat atau kadang-kadang langsung tidak dapat melihat hikmah disebalik ketentuanNya
Pujuklah hati, pujuklah hati. Moga dengan ujian yang sedikit itu mengajar kita untuk lebih bersyukur, dan lebih mengenali siapa pencipta kita, menjadikan kita lebih dekat pada Dia. Kerana itulah kehendak Dia yang sebenarnya. Dia ingin kita selalu berdamping denganNya.
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu
amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.” (Al-Baqarah:45)
Muhasabah diri kembali, dosa apa yang telah kita lakukan sehingga Allah menegur kita dengan ujian sebegitu. Bersyukurlah Allah menegur kita dengan teguran seperti musibah, agar kembali kita Dia dan bukanlah menegur kita dengan mengambil helaian nafas kita di saat kita sudah x mampu untuk kembali kepadaNya..
*P/S
Allah, lembutkan hati kedua orangtua ku untuk menerima ketentuanMu
Allah, lembutkanlah hati sahabatku untuk menerima ketentuanMu
Allah, lembutkanlah hati saudaraku untuk menerima ketentuanMu
Allah, lembutkan hati orang-orang di sekelilingku untuk menerima ketentuanMu
Allah, lembutkan hatiku untuk menerima ketentuanMu
Bonda&ayahanda, maafkan aku, sahabat, maafkan aku kerna telah mengecewakan mu, saudaraku, maafkan aku kerna menghampakanmu. Diriku, maafkan aku kerna mengenepikan hasrat sendiri untuk kepentingan dan kebaikan semua. Yakinlah Dia ada sesuatu yang lebih baik untukku
Tuesday, March 27, 2012
SYOKNYA KAHWIN
CARA ALLAH
Memang agak sukar untuk mengawal diri
Mengawal + mendidik diri agar mengikut akhlak + landasan hidup seperti yg digariskan oleh Al-Quran + Sunnah
Sehari mungkin boleh, tapi untuk istiqamah.. Allah, beratnya
Bagaimana ya?
Anda ada solusinya?
“Dan mohonlah pertolongan (kpd Allah) dgn sabar + solat . dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi org2 yg khusyuk. (al-Baqarah:45)
Kenapa?
“Dan apabila hamba-hambaku bertanya kpdmu (Muhammad) ttg Aku, maka sesungguhny Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yg berdoa apabila dia berdoa kepadaku....” (al-Baqarah:186)
Tapi, ada syaratnya...
Sambungan.. “...Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-ku dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran.” (al-Baqarah:186)
Kesimpulannya di sini...
YA, memang benar, istiqamah itu sangat berat.. Maka teruslah berusaha + iringilah usaha itu dengan doa.. Sebab, syarat yang Allah bagi utk dikabulkan doa ialah, dengan mengikut perintahNya. Sekaligus, ia merupakan latihan pada kita aqar terus beristiqamah dalam mentaatiNya.. Bila doa + usaha kita memenuhi perintahNya berjalan seiring, maka insyAllah, istiqamah itu, x lagi akan terasa berat J
Dapat?
Subhanallah.. hebatkan cara Allah mentarbiyah? Jadi tunggu apa lagi? Jom kita mulakan sekarang J Dengan lafaz.. bismillahirrahmanirrahim <3
Wallahua’lam
Jaga diri+iman
Salam sayang buat semua <3

