Showing posts with label Cerpen. Show all posts
Showing posts with label Cerpen. Show all posts

Friday, June 1, 2012

Mereka? Bagaimana tue?



*بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah, masih beronline dalam nikmat Islam dan Iman

Membelek satu2 yang tertera di muka buku (bpk padah, salah translation ya.. buku muka katany..hhehe,pa2 jaklah bpk :) )  Terdetik rasa terkilan dihati, meski diri bukanlah insan yang layak untuk membahaskanny. Mungkin ada berjuta lagi ustz, ustazh, alim, ulama' di luar sana. tapi tanggungjawab dakwah itu bukan terletak hanya di bahu mereka. setiap dari kita memikulnya.. Ingatan untuk diri :)

Oleh itu (sebijik mcm krgn spm) penulisan kali nie, mungkin sedikit pandangan sekitar apa yg terlihat di pandangan mata. Apa yg menyebabkan diri terkilan? Da di antara teman handai di muka buku yg statusnya, subhanallah hebat dengan lontaran hadith dan ayat al-quran.. senang hati melihatny.. Alhamdulillah, semakin ramai yang cuba mengambil muka buku sebagai medan berdakwah. namun, bila di belek2 lagi, Allah, amat terkilan bila tgk ada pula gmbr dgn jantina yg berlawan dengannya.. wujud persoalan di situ.. sudah kawen ke belum? di tambah lagi dengan kata2 puitis, mencintai.. dicintai.. dan berbagai lagi.. tak kurang juga, ada yg menggunakan profile picture seorg muslimah berniqab@berpurdah, tp statusny juga menjurus kpd mabukny cinta duniawi. ye, mungkin sesetgh org kate, saje suka2 nak letak, ala, cartoon je pun.. bukankah itu akan merosakkan image @ juga mungkin membawa fitnah pada apa yg kita gambarkan.. erm, camne nak ckp ye.. 

sekarang orang @ kita semakin ramai yang keliru dengan adanya 'cinta islamik' atau 'couple islamik'. xtau nak luahkan bagaimana... ada mesej nak disampaikan.. tapi beku.. adoyyy!! mungkin lebih clear bila bagi cerita kat bawah ni.. credit 2 sahabat yg pernah share crta ni di muka buku :)





"Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.

beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.


"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas.. ."

dapat x mesejny? kata sahabat " jika kita sampaikan dengan hati, insyAllah yang menerima pun dengan hati.."





Menulis bukan untuk memberi TAHU tetapi ingin mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU

Wednesday, October 5, 2011

Aku Masih Di Sini (Part1)

*بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

aKu masiH di SiNi

hari bErganTi haRi
aKu mEnunGgu dAn tErus mEnunGgu
sEpErTi oraNg duNgu
buLan bErganTi buLan
aKu maSiH di siNi
tErmeNung buKan bErLari
sEpErti si buTa paTah kaKi
taHun bErganTi taHun
aKu tETap beGini
tiaDa aPa yaNg bErubaH
mELainkaN uSia yaNg kIan bErTambaH


“Nak kemana?” tanya ibu yang tiba-tiba terpacul di muka pintu. Dari halaman agaknya pabila ku melihat ada gunting bunga di tangannya. Aku berlalu tanpa kata. Menghampiri Kenari merah yang sudah lapuk usia. Ibu menggeleng kepala. Satu keluhan berat keluar dari bibirnya.

Di luar hujan turun renyai-renyai. Membasahi bumi Sarawak yang kucintai. Sungguh berat hati meninggalkan bumi yang telah banyak berbakti untukku. Kalau boleh, aku ingin terus disini, giliran aku pula yang berbakti pada bumi ini. Bumi Sarawak yang telah membesar, mengajar serta menemani aku, selama mana aku menjadi perantauan. Pokok-pokok, bangunan-bangunan dan jalan-jalannya menyaksikan aku membesar dari seorang anak gadis yang kosong dada, sehingga sekarang terisi dadanya dengan ilmu. Tapi siapalah aku untuk menghentikan masa apalagi untuk mengulang kembali masa yang dah berlalu. Pesawat MH0336 terus meluncur laju, sedikit demi sedikit bumi Sarawak hilang dari pandanganku. Airmataku meluncur laju, selaju kapal terbang yang membawa jasadku tapi bukan hatiku. Hatiku tertinggal di Sarawak.

Dari jauh kelihatan Haiqal tergopoh gapah berjalan ke masjid. “Hmm, kau tengok tu Liya, belum masuk waktu lagi. Tapi dah tergopoh gapah nak kejar waktu, bersiap sedia nak solat. Alahai, siapa dapat dia jadi suami, beruntungnya. Dahla hensem, lawa, alim pulak tu. Hmm” Mata Dayang tak berkelip mengekori kelibat Haiqal sehingga ke masjid. “Alim ke? Ntah-ntah nak menunjuk je. Ala, saja la tu, nak tunjuk rajin, alim. Huh..” Kataku sambil mencebik bibir. “Ish, apa kau ni Liya. Tak baik tau kau kata macam tu. Dosa.” “Yelah-yelah ustazah Dayang. Dah jom kita ke kelas. Nanti lambat pulak. Tak pasal-pasal En Sofi tu marah kita pulak”. Aku dan Dayang mempercepatkan langkah menuju ke Blok G untuk menghadiri sesi kuliah En Sofi. En Sofi terkenal dengan ketegasannya yang tak mahu anak didiknya lambat walaupun lima minit. Daud budak Kelantan dalam kelas, pernah menjadi mangsa ketegasan En Sofi gara-gara dia lambat masuk ke kelas disebabkan ketiadaan air di asrama.

Tamat sesi kuliah hari itu, aku terus balik ke bilik. Sebaik pintu dikuak, aku terkejut mendengar esak tangis dari meja tulis. Gadis berbaju merah jambu dengan rambut paras pinggang melentokkan kepalanya di atas meja sambil menangis. Bahunya tersenggut-senggut menahan esak. Aku menghampiri. “Sara, kenapa ni?” Pertanyaanku sepi tanpa jawapan. Aku mengulangi pertanyaan sambil mengusap bahu Sara. Masih lagi sepi. Aku membiarkan Sara dengan tangisannya. Barangkali bila tangisnya reda, dia bersedia untuk bercerita denganku. Sara adalah teman sebilikku sejak aku di semester pertama. Pertemuan kali pertama sesama Minggu Mesra Siswa menjadikan kami teman akrab hingga sekarang. Walaupun berbeza program, tapi kami tetap rapat. Sudah tiada rahsia antara kami. Tidur sebantal, makan sepinggan, dan gelak tangis bersama. Sara yang ku kenal dari semester pertama tidak pernah menitiskan airmata, tapi kali ini, inilah saat pertama aku melihat airmatanya tumpah. Bibirnya sentiasa mengukir senyum walaupun masalah datang berkunjung. Aku masih teringat, semasa kami berada di semester kedua.
.....To Be Continue.....

Menulis bukan untuk memberi TAHU tetapi ingin mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU

 
Copyright (c) 2010 Keep The Positive Momentum. Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.