*بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum
Alhamdulillah, berstudy week dalam nikmat Islam dan Iman
Alhamdulillah :)
Banyak sebenarnya tanggungjawab kita sebagai seorang manusia
Hinggakan perasaan cinta itu sendiri merupakan amanah dari Allah
Amanah yang perlu kita jaga dan salurkan pada saluran yang betul
Cinta pada Allah
Cinta pada Rasulullah
Cinta pada para sahabat Rasulullah
Cinta pada Ibubapa
Cinta pada jalan perjuangan
Cinta sesama insan
Cinta itu satu perkara yang subjektif
Masing-masing punya tafsiran yang tersendiri
Tapi apa yang penting
Biarlah apa sekalipun bentuk cinta kita, pastikan ianya bertunjangkan cinta pada Allah
kerana itulah cinta yang sejati
Cinta pada jalan perjuangan bukanlah mudah
Menuntut seribu satu pengorbanan
Atas sebab itu, tidak semua manusia di muka bumi ini Allah pilih untuk berada di jalan perjuangan
Hanya mereka yang berjaya di tapis, Allah pilih
untuk membawa dan meneruskan risalah dan perjuangan Rasulullah
Itulah rantai perjuangan...
Kita bukan pemula, kita juga bukan penamat, tetapi kita adalah penyambung mata rantai perjuangan tersebut
Apabila kita memahami akan hakikat cinta itu sebagai satu amanah,
Maka, barulah kita mampu meikul amanah dalam perjuangan ini
Kerana hakikat orang bercinta
Bukan meminta, tetapi memberi sepenuh rela
Oleh itu, kita yang mengakui mencintai jalan perjuangan,
bukanlah meinta kesenangan, tetapi memeberi semaksimum mungkin pengorbanan demi mebawa kebenaran
kata-kata pujangga orang bercinta :
Lautan api sanggup diredahi
Gunung berapi sanggup didaki
"Allah memberikan ganjaran yang sebesar-besarnya dan darjat yang setinggi-tingginya bagi mereka yang sabar dan lurus dalam ujian kehidupan di jalan dakwah ini.
Jika ujian, cabaran dan cubaan yang diberikan Allah hanya yang mudah-mudah saja tentu kita tidak akan memperoleh ganjaran yang hebat.
Di situlah letak hikmahnya, yakni bagi seorang daie harus sungguh-sungguh dan sabar dalam meniti jalan dakwah ini .
Perjalanan ini tidak boleh dijalankan dengan ketidaksungguhan dan azam yang lemah dan pengorbanan yang sedikit." [K.H Rahmat]
4 conteng-conteng:
:)
kita ambik gambar tu :)
Nur Inani, lukis sendiri ke? cantik :) Mohon izin gunakan ye..
Post a Comment