Monday, August 5, 2019

Salah Gurukah??

*بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum.. Baru selesai bermesyuarat dengan guru2.. Hari ini GB umumkan, bulan ini berkuatkuasa pemotongan gaji sebanyak RM5/day jika lambat kesekolah.. Allahu.. memang akulah diantara guru yang kerap lambat sampai di sekolah Rutin harianku.. Pagi2 akan bangun, memasak untuk suami & anak2ku.. Kadang2 boleh memasak dengan tenang & cepat siap. Kadang2 memasak sambil berkejar tengok si nonet Muhammad.. Lepas memasak solat Subuh & sidai kain. Kalau larat aku akan bangun seawal 5.30 pagi.. Lau tak larat aku akan bangun 6.30 pagi. Selalu juga terlajak sehingga jam 7.00++ pagi. Walaupun lewat, setelah solat, aku ttp akan usahakan siapkan makanan utk suami & anak2. Terutama makanan Muhammad.. Sebab dia duduk dirumah pengasuh.. Kadang2 jam 8.00 baru gerak dari Kuang.. Akan tiba disekolah jam 8.30++ memang terlebih darinmasa sepatutnya aku masuk Balik sekolah, akan terus masuk dapur, siapkan makan malam pula.. Masuk baju dalam mesin basuh.. Malam sahajalah masa untuk layan Cek Nab yang seharian ditinggalkan.. Anak, apa yg dia tahu makna letih.. Yang dia tahu, satu hari x jumpa umi, nak main ngam umi.. Malam jugalah masa utk aku buat kerja2 jemaah.. Terutama design poster2.. Itupun banyak kali tertangguh, sebab kebiasaannya aku akan tertidur sekali dengan anak2 bila tidurkan mereka. Esoknya rutinku akan kembali berulang semula dan begitulah hari2 ku berlalu.. Letih, ya memang letih.. Di sekolah pun letih.. Layany pelajar, yang sentiasa perlu dijerit baru dengar arahan Hari ini seorang lg ank muridku hendak berpindah sekolah.. Termasuknya sudah 2 orang muridku berpindah disebabkan tidak mahu ke sekolah.. Semuanya da 4 orang yg tidak mahu ke sekolah. Aku sendiri bingung, apakah puncanya mereka tidak mahu ke sekolah.. Murid2 tersebut bukanlah murid yang selalu aku marahi.. Alasan yg diberitau oleh ibubapanya, adalah guru2 yg garang. Tapi bukan subjek yang aku ajar. Tapi yg menanggungnya aku.. ya aku! Aku yang perlu berdepan dengan guru besar, menjawab persoalan kenapa murid tidak mahu kesekolah.. Sungguh hari ini aku merasakan aku mahu lari dari semuanya.. Lari jauh dari manusia..
Menulis bukan untuk memberi TAHU tetapi ingin mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU

Monday Blues

*بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum Alhamdulillah.. Terasa jauh perjalanan ke sekolah hari ini. Jem dari kuang sampai ke Paya Jaras. Alhamdulillah, bole turn back ikut jalan dalam SMK Gading, guna laluan Elmina. Sampai sekolah jam 9.03 pagi..Fuuuhh Perut lapar tak sempat breakfast.. Masuk kelas dulu, then 10.30 baru keluar makan.. Monday Blues today. Langsung xde mood. Dari malam tadi lagi. Memencilkan diri dibilik dengan si nonet Muhammad. Kesian Cik Nab, tak layan die malam tadi. Dalam keadaaan memencil diri tu pun, masih tiada yang bertanya khabar. Apa erti duduk serumah, kalau membawa haluan sendiri Dah lama memikirkan haluan sendiri.. Terasa ingin untuk membawa haluan sendiri.. Apa erti hidup berdua, lau sakit perih kita sendiri tanggung? Tak tahu di mana silapnya. Tersilap membuat perhitungan barangkali. Tersilap juga memilih laluan hidup.Tapi untuk berpatah balik & menyalahkan takdir tidak mungkin sama sekali Jika tidak kerana anak-anak, sudah lama ku biarkan diriku hanyut dan pergi jauh. Mungkin juga tiada baza samada aku ada atau tiada. Dari semalam dapat tugasan last minutes utk jadi S/U program. Program hari Khamis.. what?????? I really hate it. Hari ini last minit juga dapat task utk brief.. Yang mana I langsung tak tau perjalnan programnya.. HUH!! Time to class.. bye for now!
Menulis bukan untuk memberi TAHU tetapi ingin mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU

Sunday, August 4, 2019

New Life

*بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum.. Alhamdulillah.. second post for the new journey Menjadi guru memang sudah lama jadi idaman.. Sejak habis SPM lagi.. Alhamdulillah Allah takdirkan seperti yang diinginkan Cuma reality tak sama dengan apa yang kita angankan. & semestinya kita perlu hadapinya. Live the life! Sebelum ni guru Bahasa Melayu, now English pula. Teacher sahut cabarannya. I'll try my best. So far, semuanya baik2 saja.. cuma perlu banyak lagi latihan to speak fluently.. Kadang tu tersasul juga & tergagap-gagap dalam kelas duk fikir ape word yang sesuai..haha really miss the original me. But time change everything.. Must face it, even you dont like it. will try to refresh all over again. time to face the reality. this is me. this is my destiny. That all for tonight. Hope will continue with the next entry insyAllah.. doakan deh bye.. maasalamah.. <3
Menulis bukan untuk memberi TAHU tetapi ingin mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU

Saturday, August 3, 2019

I'm Back!!

*بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum.. Alhamdulillah.. dah dapat balik login blog ni.. Fuuhh lamanya tinggalkan dunia penulisan. Last entry 2016, itupun singgah sekejap je. Sekarang dah 2019..hampir 4 tahun Sungguh diri ini rindu.. rindu zaman menulis dulu. They are so much thing.. Semuanya berbeza sekarang.. No more positive momentum.. huhu InsyAllah will try to continue writing again. Allah, permudahkanlah.. Lot of Love_Teacher Mas :)
Menulis bukan untuk memberi TAHU tetapi ingin mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU

Sunday, August 21, 2016

*بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum.. wahhhh.. fuh..fuh.. berdebu blog ni.. lama sangat da tak menulis..hahahah.. zaman suka bercerita dan berangan dah lama berlalu. skrg dah xde masa nak berangan dan payan perasaan. now kene berdepan dengan realiti samada suka tau tida! Huh!!

last update 10 mac 2014.. now 21 ogos 2016, dah 2 years oiii.hahaha

banyak yg berlaku dalam 2 tahun ni.. kawen, kerja, ada anak, macam2 la.. nak cerita dari mula memang panjang. jenuh tgn nak taip panjang2..haha

nanti ada mustrz sambung ek,.hgaha...


Menulis bukan untuk memberi TAHU tetapi ingin mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU

 
Copyright (c) 2010 Keep The Positive Momentum. Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.