Monday, September 2, 2013

Kita Risau

*بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum
Alhamdulillah masih bernafas dalam nikmat Iman dan Islam

Dalam kita berusaha untuk mendapatkan sesuatu
kita sering risau akan hasil yang bakal kita terima
Kita sering risau, kalau kita buat begini adakah hasilnya akan begitu
Sehinggakan kerisauan kita mengganggu proses usaha kita

Bukankah Allah itu memandang pada usaha bukannya pada hasil?
Jadi apa perlu kita risau?
Berusahalah semaximum yang mungkin dan serahkan hasilnya pada Dia
Kerana, mungkin hasil yang kita harapkan tidak baik untuk kita, lantas Allah mentakdirkan hasil yang lain yang mungkin kita tidak suka

Apa yang penting, bukanlah hasil seperti yang kita suka, tetapi hasil seperti yang Allah suka 

"Kita sering menangis memikirkan persoalan yang telah & akan terjadi.
Tinggalkan rasa duka semampumu kerana
memikul beban duka boleh membuatmu gila.
Kelmarin Allah telah menolongmum, percayalah esok Dia tetap akan menolongmu" 
(Imam as-Syafiee)

Wallahua'alam

Menulis bukan untuk memberi TAHU tetapi ingin mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU

0 conteng-conteng:

Post a Comment

 
Copyright (c) 2010 Keep The Positive Momentum. Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.