Wednesday, January 23, 2013

Bila Hati Berbicara

*بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah masih bercuti dalam nikmat Islam dan Iman

Banyakny cerita yg nak di kongsi. Tapi xtau nak mula dari mana. Tak pe, mula dengan Bismillahirrahmanirrahim :)

Sekarang tengah cuti.. Cuti brp lama? -+x/ ada la dlm 6 minggu gitu. Sungguh! Cuti memang menguji istiqamah dan tarbiyah. Lau di kolej, alhamdulillah ringan lagi nak istiqamah amalan2 sunat. Kat umah? sunat rawatib pun badan rasa berat. Allah! Sungguh menguji diri. Usrah? Majlis ilmu? Memang tak lah alamatny dalam cuti. Baru bergelar pelajar. Cuti, confirm2 xde assignment, xde kuliah. Pun xmampu nak istiqamah amalan sunat + majlis ilmu + usrah. Apatah lagi nanti bila dah kerja.. Camne tu?

Sepanjang sem 4. Di awal terasa lagi kehangatan semangat kuliah + belajar. Di awal minggu mendapat perkhabaran perlu menghadiri test tawaran dari SPA. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat. dalam hati Allah, alhamdulillah.. permudahkanlah. Walau terasa berbelah bahagi.. Dibibir berkata, Allah, kurniakan yang terbaik. X kisahlah, dapat @ x. yg penting terbaik. Tapi hati x sepenuhnya ikhlas. Hati meletakkan harapan yg tinggi utk dapat tawaran tersebut. Akibatnya, sepanjang sem 4 dirasakan kosong. Usaha 50.50.. Bila diketahui keputusan test gagal. Allah! Itu yang terbaik, bibir berkata. Tapi hati  x seikhlasny menerima. Rasa jatuh dari tangga. Menyesal menggunung tinggi. Terimbau balik keputusan utk sambung belajar. Hati berkata, kenapa dulu sambung study? x tunggu dulu keputusan interview guru KAFA. InsyAllah bole dapat. TApi kenapa terburu2. Dush!!!! Sungguh hati x redha. Apa bole buat.. Dipenghujung semester, Allah khabarkan berita x disangka2. JPA mengetuk pintu email. Alhamdulillah, terima kasih Allah.. Memang itu yg mustRZ harapkan. Tapi, hati merasa sebak. Sem nie mustRZ main2, usaha x sepertinya, kecewa kerana gagal SPA.. Risau akan result nanti. LAyakkah lagi utk JPA. Bibir mula berbicara, kenapa JPA dtg tatkala diri rasa x bersedia? HAti pula? Entah.. senyap seribu bahasa... Selesai exam. Allah! berat dugaan kali nie. walau hanya ada 3 paper final, tp x seperti biasa. Berat! Sungguh! 

Sepanjang bercuti, terdengar bapak berbicara dengan rakan-rakanya. Menyatakan hasratnya yg menginginkan anak bongsunya bekerja dari belajar. BElanja besar katanya. Sungguh!! Perit rasa hati. Bukan x setuju dengan statement bapak, tapi perit kerana terasa tersalah membuat perhitungan. Kenapa dulu mustRZ x berfikir semasaknya dan x berbicara sejujurnya dengan mak & bapak. 

Sekarang?.......................entah..........................................

Bila disemak satu persatu, diselak helaian demi helaian apa yg berlaku. Now come to conclusion. mustRZ x boleh merasa kesal apatah lagi berkata..kalau begini pasti begitu.. kenapa ini kenapa itu. Allah x suka! tandanya mustRZ xredha dengan takdirnya!! Jadi apa yg harus dibuat? 

Kenapa memandang lohong hitam, sedangkan jalan terang luas terbentang. Kenapa menangisi dan menyesali kesilapan dan masalah sedangkan jalan penyelesaian itu ada. Yup, masa itu mustahil bole berputar semula utk perbetulkan apa yang salah. Walau kita menangis, meratap, menoleh kebelakang, ia tetap begitu. Jam terus berputar, tarikh tetap berganti hari demi hari. Jadi utk apa menangisi dan menyesalinya? Masih ada baki setahun setengah meneruskan misi degree. Masih ada baki setahun utk duduk kuliah. Kenapa tidak menggunakan tempoh setahun itu semaximum mungkin. Raih sebanyak-banyak ilmu, pengalaman, tarbiyah dan kenangan(mungkin). Kerana mustRZ hanya ada tempoh setahun itu utk menebus kembali kesilapan lepas. X kan nak pisang berbuah dua kali. Kalau sem 4 merasa terumbang ambing, jangan lagi terumbang ambing di sem 5 dan 6. Itu lah hikmah kenapa Allah memberi khabar gembira di penghujung sem. Agar kembali kuat utk sem seterusnya. Moga rezki Allah itu menjadi motivasi+mendekatkn diri padaNya. mustRZ nak kembali pada masa ke masa lalu mmg dh x bole. apa yang bole ialah face the future. Pandanglah positive padanya, pandanglah dengan pandangan semangat dan penuh iltizam. moga tempoh setahun itu x sia2. Moga x lagi melakukan kesilapan yang sama bilamana selesai nanti. 

FOKUS..FOKUS..FOKUS.. KEEP THE POSITIVE MOMENTUM.. 

Allah, berilah aku kekuatan!! Kuat utk diriku, kuat utk ibubapaku, kuat utk Islam, kuat utk perjuanganku
amiin 



Menulis bukan untuk memberi TAHU tetapi ingin mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU

0 conteng-conteng:

Post a Comment

 
Copyright (c) 2010 Keep The Positive Momentum. Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.