Wednesday, March 21, 2012

MENANGISLAH SEMAHUMU

*بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Assalamualaikum wbt
Dia Maha Mendengar, Dia amat dekat padamu,
Menangislah sepuas-puasnya, keluarkan segala isi hatimu, luahkan pada tiap titis air matamu
Usah peduli pada mereka yang punya telinga tapi x mampu mendengar
Usah peduli pada mereka yang punya bahu, tapi x mampu disandar
Usah peduli pada mereka yang punya perasaan, tapi x mampu menilai
Kerna kamu punya Dia, yang lebih segala-galanya
Hatta kamu x bersuara sekalipun, Dia amat tahu apa yang tercalit di hatimu
Dia rindu padamu, Dia ingin mendengar rintihanmu, Dia ingin menghadiahkan sesuatu padamu
Datanglah pada Dia, carilah Dia dalam sujudmu, berbicaralah dengan Dia
Biar kesakitan itu datang, kerna nanti kesenangan yang akan Dia hadiahkan padamu
Biar kepayahan itu datang, kerna nanti kemudahan yang akan Dia berikan padamu

Menulis bukan untuk memberi TAHU tetapi ingin mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU

0 conteng-conteng:

Post a Comment

 
Copyright (c) 2010 Keep The Positive Momentum. Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.