Wednesday, October 5, 2011

Aku Masih Di Sini (Part1)

*بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

aKu masiH di SiNi

hari bErganTi haRi
aKu mEnunGgu dAn tErus mEnunGgu
sEpErTi oraNg duNgu
buLan bErganTi buLan
aKu maSiH di siNi
tErmeNung buKan bErLari
sEpErti si buTa paTah kaKi
taHun bErganTi taHun
aKu tETap beGini
tiaDa aPa yaNg bErubaH
mELainkaN uSia yaNg kIan bErTambaH


“Nak kemana?” tanya ibu yang tiba-tiba terpacul di muka pintu. Dari halaman agaknya pabila ku melihat ada gunting bunga di tangannya. Aku berlalu tanpa kata. Menghampiri Kenari merah yang sudah lapuk usia. Ibu menggeleng kepala. Satu keluhan berat keluar dari bibirnya.

Di luar hujan turun renyai-renyai. Membasahi bumi Sarawak yang kucintai. Sungguh berat hati meninggalkan bumi yang telah banyak berbakti untukku. Kalau boleh, aku ingin terus disini, giliran aku pula yang berbakti pada bumi ini. Bumi Sarawak yang telah membesar, mengajar serta menemani aku, selama mana aku menjadi perantauan. Pokok-pokok, bangunan-bangunan dan jalan-jalannya menyaksikan aku membesar dari seorang anak gadis yang kosong dada, sehingga sekarang terisi dadanya dengan ilmu. Tapi siapalah aku untuk menghentikan masa apalagi untuk mengulang kembali masa yang dah berlalu. Pesawat MH0336 terus meluncur laju, sedikit demi sedikit bumi Sarawak hilang dari pandanganku. Airmataku meluncur laju, selaju kapal terbang yang membawa jasadku tapi bukan hatiku. Hatiku tertinggal di Sarawak.

Dari jauh kelihatan Haiqal tergopoh gapah berjalan ke masjid. “Hmm, kau tengok tu Liya, belum masuk waktu lagi. Tapi dah tergopoh gapah nak kejar waktu, bersiap sedia nak solat. Alahai, siapa dapat dia jadi suami, beruntungnya. Dahla hensem, lawa, alim pulak tu. Hmm” Mata Dayang tak berkelip mengekori kelibat Haiqal sehingga ke masjid. “Alim ke? Ntah-ntah nak menunjuk je. Ala, saja la tu, nak tunjuk rajin, alim. Huh..” Kataku sambil mencebik bibir. “Ish, apa kau ni Liya. Tak baik tau kau kata macam tu. Dosa.” “Yelah-yelah ustazah Dayang. Dah jom kita ke kelas. Nanti lambat pulak. Tak pasal-pasal En Sofi tu marah kita pulak”. Aku dan Dayang mempercepatkan langkah menuju ke Blok G untuk menghadiri sesi kuliah En Sofi. En Sofi terkenal dengan ketegasannya yang tak mahu anak didiknya lambat walaupun lima minit. Daud budak Kelantan dalam kelas, pernah menjadi mangsa ketegasan En Sofi gara-gara dia lambat masuk ke kelas disebabkan ketiadaan air di asrama.

Tamat sesi kuliah hari itu, aku terus balik ke bilik. Sebaik pintu dikuak, aku terkejut mendengar esak tangis dari meja tulis. Gadis berbaju merah jambu dengan rambut paras pinggang melentokkan kepalanya di atas meja sambil menangis. Bahunya tersenggut-senggut menahan esak. Aku menghampiri. “Sara, kenapa ni?” Pertanyaanku sepi tanpa jawapan. Aku mengulangi pertanyaan sambil mengusap bahu Sara. Masih lagi sepi. Aku membiarkan Sara dengan tangisannya. Barangkali bila tangisnya reda, dia bersedia untuk bercerita denganku. Sara adalah teman sebilikku sejak aku di semester pertama. Pertemuan kali pertama sesama Minggu Mesra Siswa menjadikan kami teman akrab hingga sekarang. Walaupun berbeza program, tapi kami tetap rapat. Sudah tiada rahsia antara kami. Tidur sebantal, makan sepinggan, dan gelak tangis bersama. Sara yang ku kenal dari semester pertama tidak pernah menitiskan airmata, tapi kali ini, inilah saat pertama aku melihat airmatanya tumpah. Bibirnya sentiasa mengukir senyum walaupun masalah datang berkunjung. Aku masih teringat, semasa kami berada di semester kedua.
.....To Be Continue.....

Menulis bukan untuk memberi TAHU tetapi ingin mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU

0 conteng-conteng:

Post a Comment

 
Copyright (c) 2010 Keep The Positive Momentum. Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.