Thursday, December 9, 2010

Dinihari

Assalamualaikum wbt

Dinihari yg indah..hurm...still wake up...

Actually, malam td nak baca sket note 4 next sem.. & wat hand note..
Nota yg dh d wat b4 this..bsh kene hjn ptg td..huahuahua... (sbrlh duhai hati..ada hikmah Allah bg basah..ulg balik pa yg dh dbaca)
But...
Biasalh..bila face dh ngadap Aca...
Nota ntah kemana....

Itulah MANUSIA
Susahnya nak istiqamah kalau nak wat sesuatu kerja...
Itu baru urusan dunia..
Kalau urusan akhirat? Bab2 Ibadah?
Tepuk dada tanya IMAN..

Senangnya bibir mengungkap kata istiqamah..
Tapi adakah kita memahami maksud istiqamah yang sebenar?

Menurut Ybhg Ustaz Ahmad Adnan Fadhil,
Secara dasarnya Istiqamah bermaksud; berdiri teguh di atas jalan Islam dalam segenap ruang kehidupan sama ada dari sudut aqidah dan pegangan, amalan, pandangan hidup, perjuangan dan sebagainya iaitu tidak akan berganjak sedikitpun dari jalan tersebut walaupun terdapat pelbagai godaan dan rintangan.
full article..click here

Istiqamah dalam ketaatan pula ada 3 bahagian utama :
Istiqamah hati
Istiqamah lisan.
Istiqamah amalan.

Ada banyak cara untuk memikili hati yang istiqamah ini, antaranya;
sumber : Blog Peribadi Rasulullah

1. Meletakkan cinta kepada Allah di atas segala-galanya.
Bukan mudah untuk melaksanakannya..kerana dalam hidup seharuian, kita akan berhadapan dengan urusan sesama manusia dan urusan dengan Allah.. Bila kita mendahului urusan manusia drpd Allah, itu bermakna, belumlah kita meletakkan cinta kepada Allah di atas segala-galanya..

2.Membesarkan perintah dan larangan Allah.
Lebih kurang bermaksud, kita menjaga perintah Allah, dan memandang berat larangan Allah.. .

3.Sentiasa berzikir kepada Allah
Hadith Qudsi :
Maksudnya;“Barangsiapa yang mengingat-Ku di dalam dirinya, maka Aku akan mengingat-Nya dalam diri-Ku. Dan barang siapa yang mengingat-Ku dalam keramaian, maka Aku akan mengingat-Nya dalam keramaian yang lebih baik darinya

4.Tambahkan ilmu dalam diri kita dengan mempelajari kisah-kisah orang soleh terdahulu. Supaya kita boleh mengambil iktibar daripada kisah-kisah mereka.
Allah berfirman dalam surah Yusuf ayat 111
Maksudnya; Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. al-Qur’an itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman.

Wallahua'lam
Sekadar perkongsian di dinihari yang hening..
Semoga kita tergolong dalam hambaNya yang Istiqamah
Kalaupun x termampu dek kita..sekurang-kurangnya ada usaha dari kita untuk terus istiqamah..

Akhir kalam..
Salam sayang buat semua...

Menulis bukan untuk memberi TAHU tetapi ingin mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU

0 conteng-conteng:

Post a Comment

 
Copyright (c) 2010 Keep The Positive Momentum. Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.