Monday, August 5, 2019

Salah Gurukah??

*بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum.. Baru selesai bermesyuarat dengan guru2.. Hari ini GB umumkan, bulan ini berkuatkuasa pemotongan gaji sebanyak RM5/day jika lambat kesekolah.. Allahu.. memang akulah diantara guru yang kerap lambat sampai di sekolah Rutin harianku.. Pagi2 akan bangun, memasak untuk suami & anak2ku.. Kadang2 boleh memasak dengan tenang & cepat siap. Kadang2 memasak sambil berkejar tengok si nonet Muhammad.. Lepas memasak solat Subuh & sidai kain. Kalau larat aku akan bangun seawal 5.30 pagi.. Lau tak larat aku akan bangun 6.30 pagi. Selalu juga terlajak sehingga jam 7.00++ pagi. Walaupun lewat, setelah solat, aku ttp akan usahakan siapkan makanan utk suami & anak2. Terutama makanan Muhammad.. Sebab dia duduk dirumah pengasuh.. Kadang2 jam 8.00 baru gerak dari Kuang.. Akan tiba disekolah jam 8.30++ memang terlebih darinmasa sepatutnya aku masuk Balik sekolah, akan terus masuk dapur, siapkan makan malam pula.. Masuk baju dalam mesin basuh.. Malam sahajalah masa untuk layan Cek Nab yang seharian ditinggalkan.. Anak, apa yg dia tahu makna letih.. Yang dia tahu, satu hari x jumpa umi, nak main ngam umi.. Malam jugalah masa utk aku buat kerja2 jemaah.. Terutama design poster2.. Itupun banyak kali tertangguh, sebab kebiasaannya aku akan tertidur sekali dengan anak2 bila tidurkan mereka. Esoknya rutinku akan kembali berulang semula dan begitulah hari2 ku berlalu.. Letih, ya memang letih.. Di sekolah pun letih.. Layany pelajar, yang sentiasa perlu dijerit baru dengar arahan Hari ini seorang lg ank muridku hendak berpindah sekolah.. Termasuknya sudah 2 orang muridku berpindah disebabkan tidak mahu ke sekolah.. Semuanya da 4 orang yg tidak mahu ke sekolah. Aku sendiri bingung, apakah puncanya mereka tidak mahu ke sekolah.. Murid2 tersebut bukanlah murid yang selalu aku marahi.. Alasan yg diberitau oleh ibubapanya, adalah guru2 yg garang. Tapi bukan subjek yang aku ajar. Tapi yg menanggungnya aku.. ya aku! Aku yang perlu berdepan dengan guru besar, menjawab persoalan kenapa murid tidak mahu kesekolah.. Sungguh hari ini aku merasakan aku mahu lari dari semuanya.. Lari jauh dari manusia..
Menulis bukan untuk memberi TAHU tetapi ingin mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU

0 conteng-conteng:

Post a Comment

 
Copyright (c) 2010 Keep The Positive Momentum. Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.