"Jika tahu keutamaan maka kita akan tahu untuk menguruskan masa dengan baik dan jika kita membantu agama Allah, pasti Allah SWT akan membantu melancarkan segala urusan kita" [qaLam saHabaT]
alhamdulillah, masih berstudy week dalam nikmat iman dan islam
banyak perkara baru yang dipelajari sepanjang berstudy week
belajar tidak semestinya formal
duduk dalam kelas, dan dengar lecturer bersyarah
kehidupan dan perkara yang berlaku sekeliling kita juga adalah guru yang mengajar kita
mengajar kita erti kehidupan dan mendewasakan kita
"Kita perlu menelusuri Fiqh Waqi' bg mencapai Fiqh Nas"
maksudnya??
"pentingnya kita memahami suasana semasa sebelum kita melaksanakan sesuatu tuntutan syariat fiqh"
"fiqh bermaksud 'kefahaman',waqi bermaksud 'realiti semasa' dan nas adalah segala yg ada pd quran dan sunnah"
Fiqh waqi' adalah ilmu yg sgt penting dan berharga terutama bila ingin mencorak pentadbiran Islam bila sudah memerintah :) Jadi, sebagai individu yang sedar bahawa dirinya adalah daie, amatlah penting bagi kita mencari dan memahaminya.
Menulis bukan untuk memberi TAHU tetapi ingin mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU
Saya Bukan Pemula,
Saya Juga Bukan Penghujungnya,
Saya Hanyalah Penyambungnya,
Maka.. Saya Tidak Akan Hentikan Perjalanan Ini,
Saya Akan Terus Berjalan...
0 conteng-conteng:
Post a Comment