Tuesday, October 9, 2012

Mereka Hebat!


*بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
 
Assalamualaikum.. alhamdulillah, masih diebri kesempatan untuk mencoretkan sesuatu di sini, setelah sekian lama ditinggalkan sepi seolah tiada penghuni.. Mungkin ada yang mula bosan dan x peduli. Tak apa, biar tiada yang membaca, asalkan niat dan azam itu masih ada, Apa yang kita risau, adalah niat dan azam untuk berjuang itu turut sepi seperti blog.. :) (ape2 jelah)

Yup.. MEREKA sangat hebat.. Thumbs up!!! Mata hati dan mata minda baru celik, seusai program. MEREKA bukan pelajar biasa. Yang hanya tau 3K : Kolej, Kuliah, Kafe. Tapi MEREKA  adalah rantaian pejuang Rasulullah, yang berjuang tanpa berkira masa, tenaga dan wang. MEREKA  yang ada hubungan akrab dengan Allah dan sahabat. Subhanallah, hebatnya MEREKA.  Trdorong untuk menjadi seperti MEREKA

MEREKA dari luaran adalah pelajar yang sama seperti kita. Pergi kelas, buat assignment, makan, tidur, outing dengan kawan-kawan. Tapi dari dalaman, apa yang kita x nampak dari zahir, MEREKA adalah orang hebat, HEbat Tarbiyahnya, HEbat ilmunya, dan InsyAllah, HEbat di mata Allah.

MEREKA mampu buat KERJA yang mungkin pelajar lain @ biasa x boleh buat. Di samping tugasan kuliah yang sudah cukup banyak untuk dibebani, MEREKA tetap gagah memikul amanah dari Allah untuk mendidik umat. Tatkala terkenangkan MEREKA, hati mustRZ jadi sayu bercampur bangga dan bertuah. Kerana mengenali MEREKA dalam perjalanan ini. MEREKA menjadi motivasi buat diri agar lebih tabah dalam perjuangan ini,.

Bila dibandingkan diiri dengan MEREKA, jauh sekali.. umpama langit dengan bumi. Diri x sehebat MEREKA. Ingin jadi seperti MEREKA. Tahniah untuk MEREKA!!. Semoga kejayaan dunia dan akhirat milik kita bersama.. Amiin.. :)

BANGKITLAH MUJAHID BANGKITLAH!! 

Salam Perjuangan :)
Menulis bukan untuk memberi TAHU tetapi ingin mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU

0 conteng-conteng:

Post a Comment

 
Copyright (c) 2010 Keep The Positive Momentum. Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.