Thursday, May 3, 2012

Niat


*بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
 
Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah, masih berblog dalam nikmat Islam dan Iman
2 nikmat yang kita tahu, namun jarang kita syukuri dalam terjemahan kehidupan
 
 Terkadang mungkin kita terlepas pandang pada niat kita
Tetapi tidak pada Allah :
 "Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (Akhirat), dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh, Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan" (Surah Al-Hasyr: 18)
 
Hakikat manusia, lebih mudah menyalahkan orang lain berbanding diri sendiri. Terutama apabila Allah menjentik hati kita. Kita mudah untuk menyalahkan Allah atas takdir yang berlaku. Ya, mungkin tidak pada perkataan yang berupa lafaz kemarahan, tapi hati yang tidak redha dengan ketentuanNya. Hati kita berkata "Kalaulah tadi aku lakukan begini, pastinya hasilnya akan jadi lebih baik"
Bukankah itu bisikan yang sering lahir dari hati kita?
 
Recheck balik niat kita pada awalnya.Mungkin ada secalit niat yang bakal mendatangkan murka Allah, yang menyebabkan Allah tidak mengizinkan apa yang kita hajati. Usah bersedih bila keinginan tak dituruti, kerna itu teguran dari Allah. Teguran terhadap niat kita yang mula terpesong. Mungkin pada awalnya kita tidak menyedari, dek kerana keseronokan untuk mendapatkan hajat tersebut, tapi yakinlah, setelah Allah menjentik hati kita dengan tidak mentakdirkan apa yang kita hajati, barulah celik mata hati dan iman kita untuk melihat, bahawa ada secalit niat kita yang dikotori oleh niat yang bakal medatangkan murka Allah.
Maka, bersyukurlah. Maka berterima kasihlah pada Allah
Kerana telah menyelamatkan kita dari murkaNya.
 
Beruntunglah, rasa bertuahlah.. kerana kita masih lagi tergolong dalam golongan yang hidup hatinya. Kerana kita masih mampu untuk merasa hati kita sedang dijentik oleh Allah. 
Berwaspadalah andai hati kita sudah tidak mampu merasai jentikan Allah.
Kerana itu petanda hati kita telah mati.

Al-Imam Al-Ghazali, beliau telah berkata: “Carilah hatimu di tiga tempat. 
1.Ketika membaca Al-Quran
2.Ketika sembahyang 
3.Ketiga ketika engkau mengingati mati.
Jika pada tiga tempat itu kamu tidak menemukan hatimu maka pohonkanlah kepada Allah agar Ia memberimu hati kerana sesungguhnya kamu ketika itu tidak memiliki hati.”
 
Wallahua'alam :)

 
 
 

Menulis bukan untuk memberi TAHU tetapi ingin mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU

1 conteng-conteng:

Penconteng said...

Waalaikumslm w.b.t...ana sendiri dah lupa ttg tu..btw, ana ex-clsmte dia ms sklh rendah..sblm ni dia xcontact suma org, tp ada cntact ana. Tp dia suka ttba mghlgkn diri. member2 len tanya ttg dia. nk kata rapat, xjuga, rasanya xdpt nk jd kwn rpt kot. Tp skrg dia dah msk fb group sklh rndh. jd xplu cari2 lg.

Post a Comment

 
Copyright (c) 2010 Keep The Positive Momentum. Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.