Monday, April 16, 2012

ORANG LAIN

*بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Assalamualaikum
Alhamdulillah masih menghirup udara dalam nikmat Islam dan iman
Terima kasih Allah

Kadangkala kita pelik, kenapa ada orang yang hari-harinya umpama tiada masalah. Hari-harinya ceria dengan tawa dan senyum. Berbeza dengan diri kita, yang terkadang terlebih emosional. Di jentik sedikit sudah meradang, mungkin juga menangis. Agaknya apa bezanya? Sedangkan Allah swt menciptakan manusia itu sama.


Kadangkala juga kita pelik, orang sekeliling lebih cenderung mendekatkan diri dengan orang lain berbanding kita. Walau kita cuba sedaya upama memahami, mendekati, tapi situasi masih berpihak pada orang lain?
Cuba recheck balik cara kita berdepan dengan sesuatu. Kita mudah emosional, lebih mudah meluah dalam bentuk keluhan dan pengaduan sehingga menutup ruang orang lain utk meluah, bertindak atas dasar emosi bukan rasional, menyampaikan sekadar dibibir bukan dari hati. Itulah punca kenapa orang sekeliling kita lebih cenderung mendekati orang lain, berbanding diri kita. Sebab itulah orang lain kelihatan cuba menjauh dari kita.




"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik..."
(An-Nahl:125)



Belajarlah dari orang lain. Bagaimana dia menguruskan emosinya, bagaimana dia berdepan dengan orang sekeliling, bagaimana dia menyampaikan dengan hati. Cubalah membentuk diri kita agar mampu menjadi insan yang kehadirannya membawa erti, pemergiannya dirasai. Muhasabah buat diri :)










Menulis bukan untuk memberi TAHU tetapi ingin mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU








0 conteng-conteng:

Post a Comment

 
Copyright (c) 2010 Keep The Positive Momentum. Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.