Tuesday, August 23, 2011

*بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum wbt

Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Mas tewas di lautan

Tuhan layarkan Mas ke arah cintaMu
Tuntuni Mas menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu Mas berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangis Mas kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasan Mas terlakar
Berikanlah Mas hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

PadaMu Tuhan
Kan Mas serahkan cinta kepadaMu

Harapan Mas moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora

Mas sedar, mas sudah banyak berubah sem nie. Performence mas dalam klas x sebaik dulu. Assignment mas x seyakin dulu. Test & quiz, x secemerlang dulu. Kehadiran ke kelas x sebaik dulu. Sudah lama mas menyedari.. sudah lama hati menduga.. namun, utk memula langkah baru amat payah. Mas jadi keliru. Keliru dengan pelajaran, hidup, tugasan, amanah dan tanggungjawab. Tadi ketua program panggil. Tersentak dan tersentap, tatkala madam bagitahu mas sudah jauh berubah. Nampaknya bukan mas saja yang menyedari, malah juga orang sekeliling. Apatah lagi, KP... diberi taguran agar kembali pada mas yg dulu @ malah menjadi yg lebih baik. Mas x boleh salahkan tugas sbg MPP mengganggu khpdn mas.. lagilah mas x boleh salah kan tugas dakwah mengganggu kehidupan mas. Kerna, semua permasalahan, persoalan itu, berpunca dari diri mas sendiri. Apa perlu mas buat? Sudah terlewatkan untuk metulkan apa yang silap, luruskan apa yang bengkok. Sungguh mas xkuat. Dari awal sem lagi mas rasa x cukup kuat. Walau mungkin orang sekeliling, teman rapat, sahabat handai, melihat senyum terukir di bibir mas. Namun jauh di sudut hati mas, mas xmampu.

Allah, tarbiyah yang Kau beri sangat hebat. Hingga mas x mampu memahami dan memikulnya. Allah, berilah mas kekuatan.. tiada kudrat mas melainkan Kau ya Allah.. melainkan inayah daripadamu. Mas sedar, mas mula jauh dariMU. Mas x resa spirit seperti dulu tatkala menghadapMu.. mungkin kerna dosa dan maksiat yang bergelumang dalam diri.. mungkin hati tatkala menghadapMu x cukup bersih utk meraih rahmat dan kasih sayangMu. Allah, malu untuk berdepan denganMu. Malu untuk menagih kasihMU, tatkala diri xcukup melaksanakan perintahMu..

Allah, bimbing mas kembali ya Allah.. Dakap mas kembali ya Allah.. Sungguh x kuat ya Allah. Jalan di hadpaan rasa kelam.. Jalan di hadapan rasa berliku.. Allah...Allah..Allah
Allah, mas berperang dengan diri sendiri ya Allah.. antara nafsu, iman dan akal... Allah...
Need someone to hug me.. need someone to hear me.. need someone to talk wif.. need someone to release it..

apa ertinya mas memikul title Perwakilan Pelajar? apa ertinya mas memikul title Pemimpin Pelajar? kalau diri mas sendiri teruk.. bagaimana mas nak motivasikan orang lain, kalau mas sendiri x cukup motivasi.. dulu, mas pernah ingatkan sahabat2 adik2 teman2, jangan sekali2 abaikan pelajaran, kelas bilamana kita diberi jawatan.. diberi tugas. jangan jadikan ia satu alasan utk kita bagitahu letih. tapi tgk, apa sudah jadi sekarang. semuanya kembali pada mas. mas sendiri yg tak kuat berhadpan dengannya. mas malu dengan diri sendiri. amanah tue, mas x mampu nak pikul dengan baik..

ini semester terakhir disini. hati rasa sangat berat meninggalkan bumi UiTM. apa yg dah mas sumbangkan pada bumi UiTM? belum ada lagi... belum ada apa2.. amanah untuk membangunkan jiwa2 insan di bumi UiTM belum lagi terlaksana. misi dan visi belum lagi tertunai. Allah, itu yang akan Kau tuntut dari mas di akhirat kelak.. Allah... Allah, sungguh mas x bersedia utk menghadapMu.. banyak tanggungjawab yang menuntut amal mas di akhirat kelak yg belum terlaksana... mas terasa memipu diri sendiri...sungguh itu yg mas rasa..

Bila mentari bersinar terang
Terpancar cahaya suria
Memuji keagungan Tuhan pencipta
Menginsafi kedhaifan
Bila mentari menghilang diri
Terbit pula kenangan lalu
Tertunduk ku pasrah sedih mas
Menyepi
Hanyut dalam arus berliku

Oh Tuhanku Yang Esa
Ampunilah hambaMu
Berikanlah mas kekuatan
Mengharungi mehnah Mu
Mas pohon restu hidayah dariMu
Rahmatilah hidup mas
Terimalah oh taubat mas
Penghapus segala dosa mas
Deruan ombak
Menghempas pantai
Bergelora dipukul badai
Himpunan buih di tepian
Ia tidak berkekalan
Begitulah hidup manusia

Menulis bukan untuk memberi TAHU tetapi ingin mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU

3 conteng-conteng:

[M]-[U]-[G]-[ I ] said...

Salam...
Perubahan tu baik tapi..bila perubahan tu menjadikan anda lain dan dibenci..cermin balik diri tu..Kadang2 ada gunanya MUSUH sebab dia taw sesuatu tntang anda yg anda tak perasan..Look around you..there r person that actually know the changing in you..A person called ENEMY....-senpai-

Anonymous said...

Sahabat, apalah guna title itu? Mgkn drimu segan atau mrasakn tidak sesuai bkonsi dgn sahabat ini, namun bgitu sahabat, igt lah, drimu msh punya sahabat yg lbh baik malah sanggup untuk mmimjamkn telinganya, bahunya, malah insyaALLAH MASA jua HIDUPnya untuk drimu sahabat. Cuma nak x nak je.. Jgn sesekali merasa sendri sahabat. Kami masih lagi ada walau mgkn dalam jarak yg jauh. Tapi kita d alaf moden kn? Sahabat, maaf, mgkin ini tidak mbantu, namun DOA kami bsamamu, insyaALLAH.. Sayang kamu sahabat. ALLAH sntiasa bsamamu.. Jga dri ok :)

mustRZ said...

[M]-[U]-[G]-[ I ] : yup...thax :)

Anonymous : syukran sahabat :) mmg rasa nak peluk je shbt saat 2.. pas mdm tegur, terus je air mata leleh, xhenti2... saat 2, sgt2 perlukan shbt dcc.. tp suma jauh...huhuhuh neway, syukran lagi skali.. bukan xnak share gn kamu.. tp mas xkenal sape kamu huhuhuh

Post a Comment

 
Copyright (c) 2010 Keep The Positive Momentum. Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.