Thursday, June 16, 2011

Kerja yang terbengkalai

Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah..

Pada pandangan mata kasar, dicatit atas paper, ada 2,3 kerja yang sudah siap. Tapi, bila disoroti, satu persatu, amanah dan tanggungjawab, sebenarnya banyak lagi yang belum terlaksana. Bukan benda remeh, malah penting. Bukan perkara kedua, tapi yang utama.
Tanggungjawab dan amanah, memang takkan pernah habis, selagimana kita hidup di atas muka bumi tuhan.
Tanggungjawab dan amanah yang sejak azali lagi kita sudah ketahui ialah, peranan kita sebagai khalifah dimuka bumi Allah. Peranan kita sebagai individu muslim itu sendiri. Peranan kita dalam membawa risalah agama. Nampak besar kan tanggungajwab itu?
Mungkin selama nie, kita buta dalam celik, gelap dalam terang.. Mungkin selama nie kita beranggapan tanggungjawab itu hanya digalas oleh para ilmuan, para ulama, para professional dan sebagainya.
Tapi kita lupa, itu adalah TANGGUNGJAWAB kita bersama... TANGGUNGJAWAB itulah yang kita sering terlepas pandang selama kita hidup di muka bumi Allah ini. Kita hanya memikirkan hidup kita, ibadah kita, kerja kita. Tapi kita lupa, kita ada peranan yang lebih besar dari itu. Kita lupa, yang kita ada ummah yang perlu kita bangunkan jiwanya. Mungkin istilah 'lupa' x berapa sesuai. Barangkali yang sesuai ialah, x menyedari.. Yup, ada dikalangan kita yang x menyedari TANGGUNGJAWAB itu.

Dan TANGGUNGJAWAB itu bukan kita galas seorang. TANGGUNGJAWAB itu bukan dilaksanakan oleh seorang individu. Tapi memerlukan kekutan, memerlukan tenaga yang ramai. Mengambil lidi penyapu sebagai analogi. Sebatang lidi amat mudah untuk patah. Tapi cuba patahkan seikat lidi. Jika dilihat pada hari ini, mampukah kita mengumpulkan lidi-lidi itu utk menjadi seikat lidi? Kalau persoalan mudah, kita susah nak jawab, apatah lagi persolan sukar melibatkan ummah. Kalau permasalahan mudah kita susah rungkaikan apatah lagi permasalahan sukar melibatkan ummah. Kalau hati kita sendiri masih bermasalah dengan orang sekeliling, bagaimana pula nak merawat hati ummah...

Permukaannya memang bukan kita seorang, tapi dasarnya? Sedarkah kita, kita meletakkan TANGGUNGJAWAB itu hanya pada seorang sahaja? Setakat mana kita memainkan peranan untuk membantu individu itu untuk menggalas TANGGUNGJAWAB yang sepatutnya kita pikul bersama.. Tidak gerunkah kita akan persoalan yang Allah akan tanya di akhirat kelak? sudah bersediakah dengan jawapan-jawapan kita? Sudah pasti di sana nanti x ada masa lagi untuk kita mengelak itu dan ini. Tidak ada lagi alasan itu dan ini untuk kita jawab dihadapanNya.

Cita-cita kita besar. Membangunkan sebuah negara Islam. Tapi mampukah tercapai jika jiwanya goyah? Mampukah tercapai jika akar umbinya x kukuh. Tanyalah ke dasar hati. Tanyalah ke dasar iman. Tanyalah diri kita. Usah mengharap permasalahan besar akan terungkai, selagi permasalahan dihati kita sendiri belum kita temui jawapannya. Teruskan bermuhasabah kerana itu punca kekuatan diri. Teruskan bermuhasabah kerana itu kunci memperbaiki diri. Teruslah teguh dijalanNya.. Salam muhasabah..

Menulis bukan untuk memberi TAHU tetapi ingin mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU

2 conteng-conteng:

Miszeifa Salahuddin said...

btui3x....
amanah dan t/jwb saling berpaut...

p/s: awk ad bakat jd penulis tegar hehhehe

mustRZ said...

penulsin tegar? penulis merapu kowt...hahaha

Post a Comment

 
Copyright (c) 2010 Keep The Positive Momentum. Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.