Monday, June 27, 2011

Dua Nikmat

Assalamualaikum...
Alhamdulillah... Terima kasih ya Allah, mengurniakan nikmat Islam dan Iman. Dua nikmat yang susah kita nak jaga. Dua nikmat, yang x semua manusia di dunia ni ada. Dua nikmat yang perlu kita jaga dengan penuh sabar. “Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada ALLAh) dengan sabar dan solat. Sungguh, ALLAh beserta dengan orang-orang yang sabar.” –(al Baqarah : 153)

Sejauh manakah kita menggunakan dua nikmat itu untuk menjalankan amanah yang Allah telah galaskan di bahu kita? Sejauh manakah kita bersabar dalam menjalankan amanahNya berserta menjaga dua nikmat tersebut? Soalan yang pertama sekali kita lontarkan pada diri kita, sebelum menutup mata untuk menjalani kembara minda(tidur).

"Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan" -(Al-Fatihah : 5) Allah telah nyatakan dalam Qalamnya, syarat untuk memohon padaNya.. Sebagai hambanya, untuk memohon pertolongan, hendaklah taat akan perintahNya. Analogi seorang anak dan ibu. Seorang anak sangat menginginkan sebuah basikal. Tetapi si ibu telah meletakkan syarat, untuk mendapatkan sebuah basikal, hendaklah belajar rajin-rajin dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Si anakpun berusaha dan akhirnya, basikal idaman menjadi miliknya. Untuk siapakah ilmu yang dipelajari si anak tersebut? Sudah semestinya untuk kebaikan dia juga. Kerana akhirnya nanti, bukan ahaja dia mendapat sebuah basikal malah ilmu didada diaplikasikan disegenap aspek kehidupan dan menjadi tiket untuk ke menara gading seterusnya mendapat pekerjaan yang baik. Nah, bukankah usaha itu menghasilkan lebih dari yang kita jangkakan? Bukan sahaja untuk mencapai matlamat yang utama kita sasarkan, malah merangkumi, sesuatu yang mungkin x terjangkau di fikiran kita.

Begitulah sekiranya kita mentaati perintah Allah. Bukan sahaja mendapat pertolongan Allah, malah mendapat ganjaran disisiNya yang x terjangkau dek fikiran kita sebagai hambaNya yang terbatas pemikirannya. Oleh itu, jangan mudah berputus asa dalam menjalani kehidupan sebagai hambaNya. Tiap satu yang kita kerjakan tidak ada yang sia-sia disisi Allah, insyAllah.

Wallahua'lam


Menulis bukan untuk memberi TAHU tetapi ingin mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU

2 conteng-conteng:

[a] c c [s] t u d e n t said...

SubhanALLAH !
mCm pnaH dgr.. .
thanQiu 4 sHaring deyHhh ~

p/s:: ehemm2, xdha cLaz kn??? pTt Laa sng ny hupdate bLOg.. . hEe ~
t8care !

mustRZ said...

yup.. mmg xda klas... tp xda istilah cuti..huhuhuh

Post a Comment

 
Copyright (c) 2010 Keep The Positive Momentum. Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.