Sunday, May 29, 2011

Rumah Usang

Rumah usang.. Dulu gah sekarang dah goyah. Mungkin sudah dimakan usia atau angin kuat yang menjadi pemangsa. Yang penting bukan atapnya, dindingnya atau lantainya. Tapi tiang yang menyokong agar tidak rebah. Kayu hanya mampu memandang tanpa dapat berkata. Menunggu sesosok tubuh makhluk ciptaan Tuhan agar mendirikannya bagi memegang erat rumah yang kian uzur. Hari demi hari tetap jua begitu. Akhirnya rumah usang akur bahawa riwayat hidupnya kian berakhir.

Kini, ditapak itu, didirikan semula rumah yang baru. Kali ini lebih kukuh. Semuanya baru.. Dinding, atap serta lantai. Cuma, tiang masih memainkan peranannya disitu. Dari dulu, sekarang hingga selamanya... Pemilik rumah tersenyum puas. Hatinya mengharapkan agar tiang mampu melaksanakan amanah dengan sebaiknya..
Menulis bukan untuk memberi TAHU tetapi ingin mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU

0 conteng-conteng:

Post a Comment

 
Copyright (c) 2010 Keep The Positive Momentum. Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.