Thursday, April 28, 2011

Setelah sekian lama

Assalamualaikum
Alhamdulillah, masih sihat dalam Islam dan iman
Agak lama menyepikan diri
Mungkin ada yang menunggu, mungkin ada yang buat tak tau, mungkin ada yang tak nak ambil tau
Walau apapun keadaannya, hanya anda mengetahui..

Apapun, menyepikan diri bukanlah alasan untuk terus membekukan diri
Disini masih lagi ruang untuk berkongsi idea dan ilmu
Bukan mudah untuk menghasilkan 1 bentuk penulisan yang berkualiti serta mampu memberi kesan kepada pembaca. Jika dilihat pada entry2 sebelum nie, kebanyakan bersifat lagha dan merepek2. Padahal teknologi ini merupakan 1 wasilah serta medan dakwa bagi kita. So, apa peranan kita? Apa tanggungjawab kita? Apa amanah kita?
Sudahkan kita melakukan yang sepatutnya? Sudahkah kita melakukn yang sewajarnya?

Tepuk dada tanya iman.. Untuk menghasilkan satu penulisan yang berkesan, perlulah banyak sumber dan input. barulah outputnya mantap. Jadi proses mengumpul input itu, memakan masa yang lama... Memerlukan telaah yang teliti, bukanny mengambil point sebarangan atau x relevan. Bukanny hanya copy&paste sesuka hati tanpa ambil peduli the original creator..
Tambahan pula, sekarang, waktu genting bagi semua penuntut UiTM. Termasuk penulis. Hari ini adalah kertas teraskhir, sebelum semester 5 nie melabuhkan tirai. Mohon doa dari makbapa, adikberadik serta sahabat2..

Semester ini juga merupakan semester yang penuh ujian dugaan, mehnah dan tribulasi. Banyak yang berlaku disekeliling kita. Ada sesetengahnya sempat dirakankan dan dipublish dalam blog, ada sesetengah lagi menjadi memori yang utuh di layar minda. Walau apapun, itulah kehidupan. Kehidupan yang mengajar kita erti kedewasaan. Kehidupan yang mengajar kita erti kematangan. Semester ini juga diuji x balik rumah. Allah, mungkin ada yang anggap biasa, mungkin dari riak wajah nampak selamba, mungkin dari tutur kata, terluah tak apa..
Tapi hakikat hati, hanya Allah yang tahu. Tapi itulah pengorbanan yg perlu ditelan bagi meuntut kejayaan di jalan yang Allah redhai. Semoga apa yg dilakukan, mendapat tpt disisi Allah..Ameen

Buat sahabat2 teruskan berjuang di medan imtihan. JAngan menyerah sebelum kalah. Jangan givup bila dah kalah.. walau apapun ketentuan Allah, itulah yang terbaik buat kita. Buat sahabat2 yang bakal grade, moga kalian grade dengan cemerlang, jangan pernah lupa ukhuwah yang telah kita bina bersama. Moga Allah tetap mengikat hati2 kita walaupun jarak memisahkan kita beribu batu. Buat sahabat2 yang akan balik, jaga diri sepanjang bercuti, gunakan masa dengan sebaiknya, tiada istilah cuti dalam berdakwah. Buat sahabat2 yang bakal kita bersua lagi, insyAllah, pjng umur murah rezki, kita dipertemukan semula bagi meneruskan sisa2 perjuangan di bumi UiTM nie. Semoga lembaran baru semester hadapan merupakan lembaran terbaik buat kita..Ameen

Setakat ini dulu coretan dan perkongsian kali nie. Salam muhasabah buat semua.. Assalamualaikum~

Menulis bukan untuk memberi TAHU tetapi ingin mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU

0 conteng-conteng:

Post a Comment

 
Copyright (c) 2010 Keep The Positive Momentum. Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.