Tuesday, March 22, 2011

Long Time

Assalamualaikum...
Alhamdulillah masih hidup dalam Iman + Islam + Sihat + Waras

Long time...
Lama dah x update dengan pengisian2 ilmiah
InsyaAllah, nak share sikit...

Kelebihan Selawat atas Nabi S.A.W
Bab yang ke 4
Kitab Al-Jauhar Al-Mauhub Wa Munabbihat Al-Qulub
(Permata Pemberian Yang Indah & Menjaga Segala Hati Yang Lalai)

"....hai mereka yang beriman mereka itu, selawat olehmu atasnya dan salam olehmu akan sebagai salam" (Al-Ahzab : 56)

Kata Syeikh Al-Fasi pada Syarhu Dala'ilil Khairat : Ketahui olehmu, bhwsanya bagi org yg berselawat keats Nabi S.A.W
sepuluh karamah:
1. Mensalawat akan dia oleh Malikul Jabbar
2. Mensyafa'atkan dia oleh An-Nabi Al-Mukhtar
3. Mengikut dengan Malaikat Al-Akhyar
4. Menyalahi akan munafiqin dan kuffar
5. Menghapuskan kesalahan dan auzar(dosa-dosa)
6. Menolong bagi menyampaikan segala hajat dan authar (keperluan)
7. Bercahaya & cemerlang zahirnya dan asrar (iaitu : batinnya)
8. Kelepasan drpd huru-hara negeri Darul Bawar
9. Memasuk akan negeri Darul Qarar
10. Salam daripada Tuhan Ar-Rahim Al-Ghaffar
*Maaf, bhs x dtranslate dlm BM, dikhuatiri diri salah tafsir... :)

Subhanallah..
Besarnya ganjaran orang yang berselawat.. Begitu pemurahnya Allah, lafaz yg ringan dimulut tapi besar ganjarannya.
Oleh itu, janganlah berat mulut untuk berselawat keatas baginda yang kita selalu gtau kita syg pada baginda..
Itu salah satu usaha yg kita tunjuk bhwa kita sayang baginda..

Antara selawat yg masyhur :
Selawat Al-Badawi
Orang-orang 'arif telah byk menyebut bahawa jika dibaca 100x setiap hari,
selawat ini telah mujarab bagi menunaikan segala hajat & m'bukakan bg segala dukacita
dan menolak segala bala. Juga menghasilkan anwar (cahaya2) dan asrar(rahsia2)..
Nak dengar selawat al-badawi sila klik sini

isnyAllah, setakat tue je perkongsian hari nie..mudah2an panjang umur, murah rezki, Allah perkenankn utk menulis lagi..
jumpa dilembaran kertas kosong akn dtang..insyAllah..
salam sayang wat semua...
:)

Menulis bukan untuk memberi TAHU tetapi ingin mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU

1 conteng-conteng:

Miszeifa Salahuddin said...

alhamdulillah... sedikit peringatan~
sama2 kita amalkan :-)

Post a Comment

 
Copyright (c) 2010 Keep The Positive Momentum. Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.