Saturday, February 26, 2011

Inilah Kehidupan

Assalamualaikum..
Alhamdulillah, masih menghirup udara yang Allah kuniakan
Alhamdulillah, atas segala yang telah diberikan

Inilah kehidupan
Orang lebih suka menunding jari pada kita
Dan kita juga lebih suka menunding jari pada orang

Orang lebih senang berkata tidak suka ini dan itu
Dan kita juga senang berkata tidak suka ini dan itu

Hakikatnya, orang yang berada ditempat itu sahaja yang mengetahui perkara yang sebenar
Hanya dia yang merasai beban sakit dan sengsara

Lantas apa peranan kita?
Hanya angkat muka buka mulut dan berkata itu dan ini


Pernahkah kita meletakkan diri kita ditempat orang itu
Pernahkah kita menyelami isi hati sakit jerih payah orang itu
Pernahkah kita mendengar seketika keluhan hatinya

Seorang pensyarah pernah berkata
"Jika kita ingin orang sekeliling kita berubah, kita kena berubah terlebih dahulu"

Lumrah manusia, kita tak mampu nak puaskan hati semua pihak
Lumrah manusia ada saja yang dikomplen dan tidk puas hati

Kesimpulannya
Less complain, more action
Kurangkan rungutan, tapi bertindaklah untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu..

Fikir panjang-panjang...jangan pendek akal~Pinjam ayat ustz Hamzah jap...

Menulis bukan untuk memberi TAHU tetapi ingin mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU

2 conteng-conteng:

Miszeifa Salahuddin said...

waaahh!! nice blog.. ad pembaharuan.. sgt LIKE!!
kurangkan rungutan/alasan tingkatkan penghasilan..

mustRZ said...

kak iefa: hehehe..sy pun sgt LIKE!!
thax akak..hehehe

Post a Comment

 
Copyright (c) 2010 Keep The Positive Momentum. Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.