Thursday, January 6, 2011

Saya Nak Fokus

Assalamualaikum..

Saya tidak selesa sekarang
Bila orang mendesak saya dengan harapan
Bila orang menjangka jawapannya sendiri tanpa bertanya pada saya

Biarkan saya dengan hidup saya
Saya ingin nikmati hidup saya sebagai pelajar
Saya ingin nikmati hidup saya dengan apa yang ada disekeliling saya

Buang saya jauh-jauh dari hidup anda
Buang saya jauh-jauh dari hati anda

Saya tak ingin persahabatan bertukar status
Saya tak ingin perkara itu menyebabkan saya menjadi salah seorang yang membenci anda

Maafkan saya
Kalau pertemuan yang Allah takdirkan itu, membuahkan harapan pada anda
Kalau perilaku saya disalah tafsirkan

Saya bukan seperti apa yang anda fikirkan
Biarlah masa yang menentukan
Biarlah Allah yang menetapkan

Allah,
Bukakan hati dia untuk insan lain
Tutupkan hati dia untuk saya


Menulis bukan untuk memberi TAHU tetapi ingin mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU

4 conteng-conteng:

Miszeifa Salahuddin said...

salam....

mas!!! rindu kt mas <3
nape ni?? mcm sedih je.. jgn mcm ni... x suke la tgk mas sedey... mas akn brtambah cantek klu mas sentiasa senyum dlm ap jua keadaan....

Kata-kata Nasihat Ibnu Qayyim

Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt

Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya.
Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendunghajat hati sihamba itu.

p/s : sori nasihat pjg sgt...

Anonymous said...

Salam..
Setiap yg berlaku ad hikmah yg tersembunyi.
Yakinlah dgn janji Allah krn ia PASTI! =)

mustRZ said...

saLam.
terima kasih atas pandangan semua...
makaesh sgt2..
kak iFa : rindu akak jugak..
anonymous : insyAllah..
=)

haiqaladam said...

Salam
Semoga terus diberi kekuatan
Jangan putus asa dengan rahmat Allah
Teruskan berdoa
:)

Post a Comment

 
Copyright (c) 2010 Keep The Positive Momentum. Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.