Tuesday, January 11, 2011

Destinasi Cinta


Menyingkap tirai hati, mengintai keampunan di halaman subur rahmatMu Tuhan
Tiap jejak nan bertapak debu kejahilan, akan ku jirus dengan madu keimanan
Tak ternilai air mata dengan permata yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani, takkan berpaling pada palsu duniawi
Destinasi cinta yang kucari, sebenarnya terlalu hampir. Hanya kabur kerana dosa didalam hati
Telah kuredah daerah cinta, yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang yang kutemui, hanya kecewa menyelubungi
Ku gelintar segenap maya, dambakan sebutir hakikat
Untukku semai menjadi sepohon makrifat, moga dapatku berteduh di rendang kasihMu
Namun ranjaunya tidak akan sunyi, selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai segumpal darah bernama hati
Lestarikan wadi kalbuku oh Tuhanku, leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redhaMu
Namun masihku mengharap ampunanMu, wahai Tuhan ku, ya Allah

Nyanyian : MesTica

Menulis bukan untuk memberi TAHU tetapi ingin mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU

0 conteng-conteng:

Post a Comment

 
Copyright (c) 2010 Keep The Positive Momentum. Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.