Friday, October 22, 2010

Buku

Assalamualaikum
Bila Allah Menduga Kita, tulisan Syed Alwi Alatas. Sebuah buku yang membincangkan persoalan apabila kita diuji oleh Allah. "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286). Alhamdulillah, selesai menghabiskan bab 1 dan dah nak masuk pertengahan bab 2. Alhamdulillah, walaupun dikesempitan waktu untuk menghadapi final exam, Allah mengurniakan kelapangan masa untuk membaca bahan ilmiah yang insyAllah mengisi rohani dan mental.

Bab 1 Berprasangka baiklah pada Tuhanmu. Menceritakan dan membincangkan contoh2 musibah @ ujian yang sering berlaku disekeliling. Situasi-situasi yang kebanyakannya sama ada kita sedari @ tidak, kita banyak menyalahkan Allah atas apa yang berlaku. Bukan sahaja menyalahkan Allah, malah meratapi sesuatu musibah itu berlebih-lebihan sehingga mendatangkan kelemahan pada jiwa. "Raihlah apa yg bermanfaat bagimu, minta tolonglah kpd Allah dan jgn bersikap lemah" petikan daripada salah satu hadith Rasulullah s.a.w.

Contoh situasi : Kita ditimpa musibah, iaitu repeat paper exm. Allahuakhbar. Berat dugaan dan ujian yang Allah bagi. "Kami telah beriman(I am full of faith to Allah), sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."-Surah Al-Ankabut ayat 2-3 . Allah menguji utk melihat sejauh mana keimanan kita kepadaNya. Dalam ujian tersebut, kita menyesali apa yang telah berlaku. Dihati kita terdetik, andainya begini, mesti tidak begitu..andainya aku belajar betul2, pastinya aku tdk repeat paper. Kita membuat andaian, seolah-seolah menyesali apa yg Allah takdirkan & tentukan untuk kita. Kita menghabiskan masa dengan hanya berandaian dan menyesali keterlaluan, sehingga kita putus asa untuk meneruskan kehidupan. 3 langkah mudah yg Rasulullah anjurkan pada kita bila berhadapan dengan musibah. Hadith Rasulullah td, raihlah apa yg bermanfaat bagimu, mintalah pertolongan drpd Allah dan janganlah kamu bersikap lemah.

1, raihlah apa yg bermanfaat bagimu.
Dalam musibah tersebut, cuba cari apa yang tertinggal, apa yg bermanfaat utk kita. Kita masih ada nota, kita masih ada lecturer, kita masih ada sahabat2 yg membantu, kita masih ada diri sendiri. So, daripada kita meratapi xsudah2, lebih baik kita gunakan apa yg ada dan bermanfaat utk kita, utk kita perbaiki paper yg kita dah repeat. Merungut-rungut, meratapi, bukannya boleh mengembalikan masa lalu @ mengubah takdir Allah, tetapi menutup jalan utk kita perbaiki diri. Kita asyik memikirkan, andainya bagini, xkan jadi begitu. Seolah-olah ianya mentera yg boleh mengubah takdir.

2, mintalah pertolongan daripada Allah. Allah adalah sebaik-baik tpt pengaduan. Sebelum kita mengadu pada manusia, mohon pertolongan daripada manusia, maka mohonlah pertolongan daripada Allah. Kerana Allahlah yang berkuasa keatas sesuatu. Allahlah yg menggerakkan dan membuka hati seseorg itu utk membantu kita. So, mohonlah pertolongan dengan Allah, agar diberi kekuatan utk kita menghadapi ujian tersebut. Jangan minta diringan ujian, ttp mintalah agar kita kuat menghadapi ujian tersebut. "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45).

3, janganlah kamu bersikap lemah. Step akhir sekali, janganlah kerana ujian yg Allah bagi tadi, kita terus merasa lemah, dan x bersemangat utk meneruskan kehidupan. xbersemanggt utk meneruskan pembelajaran. Sebaliknya, ambillah ujian tersebut utk menjadikan kita lebih kuat dlm menghadapi kehidupan sbg pelajar. "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139). Kalau kita berterus-terusan bersikap lemah, ianya bukannya akan menjadikan keadaan lebih baik, malah akan lebih memburukkan keadaan. Contohnya, bila kita lemah dan putus asa, kita mula x peduli dgn study. Main2 x serius kerana kita merasakan dah xda guna utk study, sbb dah repeat 1 paper. Hello sahabatku, itu anda baru repeat 1 paper. Allah kurniakan nikmat lulus untuk paper2 yg lain. Anda mula rasa xmahu study. Akhirnya, daripada anda repeat 1 paper, akan bertambah2 lah paper yg anda repeat sbb xbersungguh2 dan focus sms belajar.

Tengok..nampak x... kesannya dr kita bersikap lemah.. Kesimpulannya, bila kita berhadapan dgn sesuatu musibah, amalkan 3 langkah mudah yg dianjurkan oleh kekasih kita, Nabi Muhammad s.a.w..(to be continue)

Sahabat2..pembaca2..penjenguk2..pengikut2 ketukan..
Sekadar perkongsian dipagi hari..buku yg telah dibaca. semoga boleh membawa manfaat pada semua..hehe.1st time buat post ttg perkongsian buku.. Alhamdulillah, 1 perubahan yg Allah izinkan. semoga istiqamah dalam perkongsian ilmu. Setakat nie dulu untuk entry kali nie, jumpa dalam entry akan datang. Buku x habis baca lagi..so utk trus mengetahui isi buku (tok spa2 yg malas nk baca buku tue..hehehe,kidding jerk) teruslah mengikuti ketukan ketuk2 papan kekunci..

akhir kalam salam sayang buat anda semua..
pesanan utk comEL~ tahniah utk blog anda..hehehe..

1 conteng-conteng:

b d H a 2 r Y :] said...

saLam sEnaNg haTi :P
haHhacxzzzz.. .
waRh,,,sGt bManfaaT bUku pDa kiTa,,,cUma mOcx x jK nx baCa.. .

s.E.n.Y.u.M :)

Post a Comment

 
Copyright (c) 2010 Keep The Positive Momentum. Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.